• Kemenangan Terengganu FC ke atas pasukan Negeri Sembilan semalam membolehkan skuad bimbingan Irfan Bakti ini mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini. Jaringan Ashari Shamsudin dan “volley” menarik daripada Lee Jun-hyeob sudah cukup untuk membuatkan pasukan Negeri Sembilan melalui kekalahan ketiga mereka dalam saingan Liga Super musim ini. Prestasi cemerlang Terengganu ini membolehkan mereka menduduki tangga teratas Liga dengan kelebihan satu mata di atas PKNS FC. Setidaknya sebelum PKNS akan turun beraksi menentang Kedah.

    Terengganu FC nyata menguasai perlawanan semalam. Mereka bijak untuk mencampurkan hantaran pendek dan juga hantaran jauh untuk memecah kebuntuan. Tambahan pula, barisan serangan mereka mempunyai Kipre Tchetche. Pemain yang mempunyai “first touch” dan juga gelecekkan bola yang baik di bahagian serangan. Ini sedikit sebanyak berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Negeri Sembilan. Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, mereka gagal untuk menggunakan sepenuhnya N.Thanabalan. Penyerang bawah 22 tahun negara ini dimasukkan bagi menggantikan Nicolas Velez yang cedera dan beliau dilihat sedikit terasing di bahagian serangan dengan tidak ada hantaran-hantaran lintang yang disasarkan kepada beliau. Ini adalah satu kelemahan yang harus diperbaiki dengan kadar segera oleh mereka. Negeri Sembilan juga harus berterima kasih kepada penjaga gol, Ilham Amirullah kerana ketangkasan beliau berjaya memastikan Negeri Sembilan tidak dibolosi dengan banyak gol.

    Kekalahan kepada Terengganu FC ini nyata menambahkan lagi tekanan yang harus dihadapi oleh ketua jurulatih Negeri Sembilan, Jorg Steinebrunner. Beliau harus segera mencari formula agar pasukan Negeri Sembilan kembali mengutip kemenangan. Tanpa kelibat Nicolas Velez, Negeri Sembilan dilihat agak bergelut di bahagian serangan. Ini adalah perkara yang kami tekankan ketika permulaan Liga tempoh hari. pada jendela perpindahan kedua nanti, mereka harus segera mencari gandingan yangs esuai untuk Velez. Bagi pasukan Terengganu FC pula, prestasi cemerlang mereka memberi amaran kepada pasukan lain bahawa mereka ini mampu untuk mencabar mahkota Liga Super. Kami berpendapat, jika Terengganu mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang seperti saat ini, bukan saja mahkota Liga Super yang mampu diraih oleh mereka.

    Apa pendapat anda ? Adakah pasukan Negeri Sembilan mampu bangkit pada perlawanan seterusnya ? Mampukah Terengganu FC mengekalkan rentak cemerlang ini ?

    Baca Juga: Terengganu Mampu Cabar JDT ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.