• Semalam, undian Piala FA untuk edisi 2018 telah dijalankan. Untuk edisi tahun ini, ianya lebih menarik kerana penglibatan beberapa kelab daripada Liga Sosial seperti Axis O2 FC, Southern FC dan PIB FC yang berasal dari Shah Alam. Pada pandangan kami, Piala FA 2018 akan menyajikan aksi yang lebih menarik berbanding edisi sebelumnya.

    Penyandang juara, pasukan Kedah akan memulakan kempen untuk mempertahankan mahkota mereka dengan menghadapi pasukan Negeri Sembilan. Juara 5 kali, Selangor akan menentang CNA FC atau MOF FC. Juara edisi 2016, JDT pula akan menghadapi pasukan Sabah. Untuk pasukan Liga Sosial pula, Axis O2 akan menghadapi SRCC Kuala Kangsar di pusingan pertama. Southern FC pula akan menentang Selangor United dan jika mereka berjaya menewaskan Selangor United, mereka akan menghadapi Melaka United di pusingan kedua.

    Pusingan pertama hanya akan melibatkan pasukan daripada Liga FAM dan juga Liga Sosial. Pusingan pertama ini akan berlangsung pada 13 Februari. Untuk pusingan kedua pula, ia akan berlangsung pada 2 dan 3 Mac, barulah kita akan melihat penglibatan pasukan daripada Liga Super dan Liga Perdana.

    Berikut adalah keputusan penuh undian Piala FA 2018:

    Apa pendapat anda mengenai Piala FA edisi kali ini ? Mampukah Kedah mempertahankan kejuaraan mereka ? Atau kita akan melihat juara baru tahun ini ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: 6 Perkara Daripada Tirai Pembukaan Liga Super 2018!

    Anda boleh lihat rakaman penuh undian semalam di sini

    Leave a comment

    Your email address will not be published.