• Sumber foto: Reuters

    Previu PL Matchweek 27: Newcastle United vs Manchester United

    Rekod Pertembungan

    Newcastle United telah menang dua dari 28 perlawanan LPI terakhir menentang Manchester United (S7 K19), gagal memenangi sebarang perlawanan dalam enam pertembungan terakhir menentang Manchester United (S2 K4).
    Manchester United pula telah menang sembilan dari 13 perlawanan terakhir menentang Newcastle di St. James’ Park (S3 K1), tewas hanya sekali pada Januari 2012, dengan keputusan 3-0.
    Kali terakhir dua pasukan United ini ialah pada November yang lalu yang berkesudahan kemenangan selesa buat pasukan Manchester United dengan keputusan 4-1. Dwight Gayle mengejutkan tuan rumah dengan membuka tirai jarinagn gol pada perlawanan itu sebelum dibalas dengan empat gol masing-masing dari Anthony Martial, Paul Pogba, Chris Smalling dan Romelu Lukaku.

    Fakta pasukan

    NEWCASTLE UNITED

    Newcastle United telah bolos lebih banyak menentang Manchester United berbanding mana-mana pasukan dalam LPI (92). Perlawanan ini akan menjadi ke 200 dalam LPI yang dimainkan pada hari Ahad – hanya Tottenham (79), Liverpool dan Everton (masing-masing 72) telah kalah lebih dari Newcastle pada perlawanan yang berlangsung pada hari Ahad (70).
    Pasukan kendalian Rafael Benitez musim ini telah memulakan saingan LPI musim ini dengan baik selepas dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan musim lalu. Tetapi prestasi mereka mula merudum dalam tiga bulan terakhir ini. Mereka belum menang di laman sendiri sejak 21 October, dan tidak bolos hanya dua dari 17 perlawanan terakhir mereka.

    MANCHESTER UNITED

    Manchester United telah berjaya menang lebih banyak perlawanan LPI ketika bertandang ke St, James’ Park berbanding mana-mana pasukan dalam liga (12). Jose Mourinho belum pernah menang sebarang perlawanan LPI di St. James’ Park (P6 M0 S3 K3) dan merekodkan lebih banyak jaringan disitu tanpa mencatat kemenangan dalam sejarah pengurusannya, walaupun telah berjaya memenangi dua perlawanan Piala Liga pada November 2004 dan Disember 2006.
    Romelu Lukaku mempunyai purata jaringan atau bantuan gol yang baik ketika bertemu Newcastle United untuk setiap 65 minit dalam LPI (6 gol, 4 bantuan gol dalam 551 minit).
    Hanya menentang Newcastle, Alexis Sanchez gagal menjaringkan gol lebih dari dua perlawanan (4 perlawanan) tetapi berjaya merekodkan 2 bantuan gol pada Disember 2014.

    Berita pasukan

    NEWCASTLE UNITED

    Kecergasan Islam Slimani masih lagi dalam perhatian tetapi Benitez memberi harapan kepada peminat menagatakan bahawa pemain antarabangsa Algeria itu berkemungkinan akan melakukan debut pada Ahad.
    Jesus Gamez pula akan disisihkan akibat dari kecederaan buku lali yang dialaminya dan Joselu pula mengalami sedikit kesakitan dalam beberapa hari lalu.

    MANCHESTER UNITED

    Jose Mourinho telah membuat pertukaran besar dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Huddersfield minggu lepas dan dijangka akan kembali mempertaruhkan skuad yang ampuh pada minggu ini.
    Sesuatu yang mengejutkan sekiranya Paul Pogba tidak membuat penampilan dalam skuad utama miggu ini.
    Manchester United akan terus menyisihkan Marouane Fellaini, Eric Bailly dan Zlatan Ibrahimovic akibat dari kecederaan jangka panjang yang dialami mereka.

    Artikel Oleh: Hadi

    Ikuti kami juga di:
    Facebook: Liga Perdana Inggeris Malaysia
    Instagram: @lpi_my
    Twitter: @LPI_MY

    #LPIMY

    (Visited 53 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.