Sumber Gambar: CNN International

Semangat den berkobar-kobar ikutkan hati hendak mencuba nasib masuk pertandingan manalah tau kalau menang boleh kita tengok bola secara “LIVE” tapi apakan daya nasib badan, kita ni kurang bernasib baik. Tiap kali ada pertandingan besar memang pasti ada syarikat-syarikat besar akan “ajak”  kita masuk pertandingan dia. Tapi tahun ni, den nak cuba pergi dengan usaha sendiri. Jadi sebab saya dah bersusah payah buat research yang mendalam dari pandangan mata sendiri, moh share dekat awak semua.

Sepertimana semua orang tahu, Piala Dunia 2018 akan berlangsung kurang dari 99 hari di negara Rusia pada 14 Jun jam 6:00 petang waktu Moscow. Jikalau anda ingin berjalan dari Kuala Lumpur ke Moscow akan mengambil masa selama 2,152 jam bersamaan dengan 10,566km sahaja tidak termasuk waktu rehat. Perjalanan anda akan melalui Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Afghanistan, Uzbekistan, Kazakhstan, GoheadGoStan (eh? Hehe, jangan marah, kalau marah nanti kena jual!) Akhirnya anda sampai di Rusia dan jalan lagi ke Moscow. Ini ada perjalanan melalui darat, yang sangat berliku dan mencabar minda, fizikal, rohani dan jasmani anda. Puncak tertinggi yang akan anda daki iaitu 3,628m dari paras laut. Ia tidak mustahil kerana Cik Google yang berkata ia boleh dilakukan. Mungkin anda boleh “HitchHike” atau menggunakan kuasa dalaman yang terpendam, (hanya manikam mengenal jauhari).

Perjalanan ini akan melibatkan Tol dan memerlukan anda menggunakan Feri serta passport dan visa. Saya rasa Cik Google juga boleh memastikan yang anda akan kurus dan tidak memerlukan apa-apa pil cepat langsing hanya kekentalan dan kecekalan mental diperlukan. Kerana anda akan merentasi 8 negara yang mempunyai cuaca yang berbeza, anda juga perlu membawa pakaian yang mencukupi serta barang-barang kelengkapan yang lain untuk keselesaan perjalanan anda. Sudah pasti perjalanan ke Piala Dunia 2018 ini akan yang paling bersejarah dan bermakna bagi anda dan kami semua. Nama anda akan terpahat di Malaysia Book of Records sebagai manusia yang tidak putus asa.

Jadi apa anda tunggu lagi? Piala Dunia akan berlangsung dalam 99 hari sahaja lagi, perjalanan darat anda ke Rusia mengambil masa selama 89 Hari 16 jam. Tetapi jikalau anda mempunyai wang anda boleh ke Skyscanner & Trivago atau ejen-ejen pelancongan berdekatan anda dan menaikki kapal terbang selama 13 jam 20 minit sahaja.

Kami akan bersambung lagi dengan research yang lebih lanjut….

Baca Juga: 3 Teknologi Yang Digunakan Dalam Bola Sepak Moden

Leave a Reply