Sumber Gambar: Dunia Warriors

Pasukan Kelantan pernah menjadi penguasa dalam Liga Malaysia dari tahun 2010 hingga 2012. Semua kejuaraan yang Liga Malaysia tawarkan dimenangi oleh pasukan Kelantan. Bukan saja piala, malah pasukan dari Pantai Timur ini juga menghasilkan beberapa pemain terbaik antaranya Badhi Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha. Di sini, kami ingin mengupas mengenai tiga pemain yang pernah menjulang pasukan Kelantan suatu masa dahulu.

Ketiga-tiga pemain ini merupakan watak utama dalam zaman kegemilangan pasukan Kelantan ketika itu. Kecemerlangan Badhri mengawal jentera tengah pasukan ketika itu menjadikan beliau antara pemain tengah terbaik dalam negara. Bukan itu saja, kualiti hantaran bola dan juga teknik sepakan percuma Piya ini sememangnya berada di kelas yang tersendiri. Piya seperti ala-ala Andrea Pirlo ketika itu. Gaya permainan beliau seakan sama dengan maestro pasukan kebangsaan Itali ini. Walaupun pernah mengalami kecederaan patah kaki kiri pada 2009, tetapi ini tidak menghalang Piya untuk bermain dengan baik bagi pasukan Kelantan.

Bagi Indra Putra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha pula, ketajaman kedua-dua pemain ini dihadapan gol nyata memberi gerun kepada pemain pertahanan ketika itu. Pada saingan Liga Super musim 2010 dan 2011, Norshahrul berjaya menjaringkan 30 gol dalam saingan Liga. Walaupun Indra Putra pernah meninggalkan Kelantan untuk menyertai T-Team selama satu musim, tetapi apabila beliau kembali ke pangkuan Kelantan, beliau masih lagi memainkan peranan besar di bahagian serangan pasukan.

Musim gemilang pasukan Kelantan yang paling diingati ramai adalah ketika musim 2012 dimana Kelantan memenangi “treble” ketika itu. Kelantan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi pada 2011. Kemudiannya Kelantan menewaskan pasukan Sime Darby FC dalam perlawanan akhir Piala FA. Akhir sekali, mereka menewaskan pasukan ATM 3-2 dalam perlawanan akhir dimana Indra Putra menjaringkan gol pada minit ke-95. Pada 2013, Kelantan hanya berjaya mengekalkan kejuaraan Piala FA setelah menewaskan JDT di perlawanan akhir.

Suber Gambar: Sokernet

Mampukah pasukan Kelantan mengulangi kejayaan pada 2012 ? Walaupun dilihat agak sukar namun kami percaya mereka mampu memenangi sekuran-kurangnya satu piala musim ini. Kami berpendapat pasukan Kelantan perlukan dua hingga tiga tahun lagi untuk menjadi pasukan pencabar kejuaraan.

Apa pendapat anda mengenai pasukan Kelantan musim ini ? Mampukah mereka memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini sekaligus mengulangi zaman kegemilangan mereka ?

Leave a Reply