• Sedikit sukar untuk kita melihat pemain muda yang beraksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia. Terutamanya pemain di bahagian serangan kerana lambakan penyerang import yang lebih menjadi pilihan jurulatih berbanding penyerang muda. Akan tetapi, ada juga penyerang muda yang menyerlah. Di sini, kami berikan kepada anda 3 penyerang muda yang berjaya menjaringkan hatrik dalam Liga Malaysia.

    1. Ahmad Fakri Saarani

    Sumber Gambar: Seladang

    Pada musim 2007, seorang penyerang berusia 17 tahun sedang meningkat naik bersama pasukan Perak. Penyerang ini bernama Ahmad Fakri Saarani Jurulatih Perak ketika itu, Steve Darby memberikan debut kepada Faki Saarani dalam saingan Liga Super menentang pasukan Negeri Sembilan. Dan persembahan beliau nyata tidak mengecewakan.

    Fakri berjaya menjaringkan 3 gol dalam perlawanan tersebut. Dengan jaringan hatrik ini, Fakri menjadi pemain termuda menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga Malaysia. Gelaran Lord memang sesuai dengan Fakri!

    2. Safawi Rasid
    Sumber Gambar: JST

    Prestasi Safawi Rasid memang berada dalam tahap terbaik ketika ini. Berkat prestasi semas beliau, Safawi tersenarai dalam pasukan kebangsaan yang akan menghadapi Mongolia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa khamis ini.

    Minggu lalu, Safawi berjaya menjaringkan 3 gol ketika JDT menewaskan UiTM FC dalam perlawanan Piala FA. Jaringan hatrik Safawi membuatkan beliau antara beberapa penyerang muda yang berjaya berbuat demikian. Diharapkan Pawi dapat mengekalkan prestasi cemerlang beliau.

    3. Razali Umar Kandasamy
    Sumber Gambar: Sports247

    Siapa yang tidak kenal dengan penyerang yang tajam tetapi sedikit nakal ini. Ketika musim 2008, pada perlawanan Piala FA antara Perak menentang Selangor, Razali yang ketika itu berusia 21 tahun berjaya menjaringkan 3 gol pada perlawanan pertama peringkat pusingan kedua. Namun, 3 gol Razali tidak cukup untuk membantu Perak mara ketika itu.

    Haa itulah dia 3 pemain muda yang berjaya menjarinkan 3 gol dalam saingan Liga Malaysia. Mereka berjaya membuktkan bahawa tiada apa yang mustahil dengan kerja keras di atas padang.

    Apa pendapat anda mengenai 3 penyerang di atas ? Adakah anda mempunyai pemain lain yang juga berjaya menjaringkan 3 gol ketika pemain tersebut dalam kategori pemain muda ? Mari kongsikan dengan kami.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.