• Setelah mengalami kekalahan ketiga dalam saingan Liga Super 2018 di tangan pasukan Perak, nampaknya sesetengah peminat Selangor sudah hilang sabar dengan jurulatih pasukan, P.Maniam. Mereka mahu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) merehatkan atau menggantikan P.Maniam dengan jurulatih lain. Di sini, jika FAS mahu bertindak sedemikian, kami memilih 5 calon jurulatih yang sesuai untuk dipertimbangkan oleh pengurusan pasukan.

    1. Simon McMenemy

    Sumber Gambar: Bola.Net

    Jurulatih berusia 41 tahun ini berjaya membawa pasukan kebangsaan Filipina mara ke peringkat separuh akhir temasya Piala AFF Suzuki 2010. Beliau berjaya mengubah wajah bola sepak Filipina dari pasukan biasa-biasa kepada luar biasa. Musim lalu, beliau berjaya membimbing Bhayangkara FC muncul juara Liga 1 Indonesia. Siapa sangka pasukan Bhayangkara boleh menewaskan pasukan seperti Bali United dan Persija Jakarta bagi mahkota kejuaraan. FAS boleh mempertimbankan nama Simon kerana beliau sudah biasa dengan bola sepak Asia Tenggara.

    2. Rahmad Darmawan

    Sumber Gambar: Semuanya Bola

    Nama Rahmad Darmawan sudah tidak asing lagi dalam bola sepak Malaysia. Beliau pernah membimbing pasukan T-Team atau yang sekarang lebih dikenali dengan nama Terengganu FC II selama dua musim. CV Rahmad bersama pasukan bawah 23 tahun Indonesia juga boleh dikatakan cemerlang. Rahmad yang ketika ini mebimbing Sriwijaya FC juga individu yang mengketengahkan bakat Safawi Rasid pada 2016. Pengalaman yang dimiliki oleh Rahmad boleh dipertimbangkan oleh FAS.

    3. Kiatisuk Sinamuang

    Sumber Gambar: Tribun News

    Bekas jurulatih skuad kebangsaan Thailand ini menjadi sorotan apabila berjaya membawa Thailand menjadi raja di Asia Tenggara dengan memenangi Piala AFF Suzuki dua edisi berturut-turut. Gaya permainan yang diterapkan juag membuatkan banyak pasukan besar di Asia Tenggara mahukan khidmat beliau. Sempat menjadi jurulatih Port FC, kini Kiatisuk menjadi free agent dan FAS mungkin mahu memberikan peluang kepada Kiatisuk yang juga tidak asing dalam saingan Liga Malaysia mengendali pasukan Selangor.

    4. Totchtawan Sripan

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Totchtawan baru saja meletak jawatan sebagai jurulatih Muanthong United minggu lalu. Totchtawan berjaya membimbing Muanthong memenangi kejuaraan Liga dan juga Piala Liga Thai pada musim 2016. Pengalaman yang dimiliki Totchtawan mungkin boleh dimanfaatkan oleh pasukan Selangor.

    5. Kevin Muscat

    Sumber Gambar: Fox Sport

    kevin Muscat sudah membimbing Melbourne Victory sejak 2013. Jurulatih berusia 43 tahun ini pernah bermain di Liga Perdana Inggeris pada lewat 90an. Jadi beliau boleh dikatakan mempunyai pengalaman yang cukup untuk FAS mempertimbangkan nama beliau.

    Haa itulah 5 jurulatih yang boleh diberi peluang oleh FAS untuk membimbing Selangor jika mereka mahu menggantikan P.Maniam. Apa pendapat anda mengenai pilihan kami ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.