• Masa depan Ramon Marcote sebagai pengendali Kedah akan ditentukan oleh pengurusan pasukan Kedah apabila mereka akan mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan situasi jurulatih tersebut. Di sini, kami nak mencadangkan 5 jurulatih sebagai pengganti jika KFA mengetepikan jurulatih dari Sepanyol ini.

    1. Simon McMenemy

    Sumber Gambar: Bolaskor.com

    Simon McMenemy berjaya membawa kelab Bhayangkara FC mengejutkan bola sepak Indonesia dengan menjadi jauar Liga 1 musim lalu. Selain itu, Simon juga antara individu yang mengubah landskap bola sepak Filipina menjadi antara kuasa di Asia Tenggara. Simon dilihat calon yang sesua bagi menggantikan Marcote.

    2. Thomas Dooley

    Sumber Gambar: The National

    Bekas pemain kebangsaan Amerika Syarikat ini menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Filipina sejak 2014. Ketika ini, pasukan bimbingan beliau hanya perlukan keputusan seri untuk layak ke Piala Asia 2019. Hebat kan ? Dooley adalah satu lagi calon yang sesuai. Namun, KFA nampaknya harus menunggu sehingga temasya Piala Asia sekiranya Filipina layak.

    3. Totchtawan Sripan

    Sumber Gambar: Football Tribe

    Totchtawan meletak jawatan sebagai jurulatih Muangthong United awal bulan ini. Beliau berjaya membimbing Muanthong memenangi double iaitu kejuaraan Liga dan juga Piala Liga Thailand pada musim 2016. Totchtawan juga merupakan jurulatih ternama di belakang Kiatisuk Sinamuang. Kami merasakan KFA boleh memberikan peluang kepada Totchtawan bagi mengendalikan pasukan.

    4. Tony Popovic

    Sumber Gambar: Daily Telegraph

    Tony Popovic mempunyai pengalaman bermain di Liga Perdana Inggeris bersama Crystal Palace. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih Western Sydney Wanderers selama 5 musim dan berjaya memenangi gelaran Liga pada musim 2012/2013. Pengalaman yang dimiliki oleh Popovic boleh dimanfaatkan oleh pasukan Kedah.

    5. Kiatisuk Sinamuang

    Sumber Gambar: Tribun News

    Tak lengkap rasanya jika kita tidak memasukkan jurulatih paling dikehendaki di Asia Tenggara ini. Bekas jurulatih Thailand ini diburu banyak pasukan kerana gaya permainan yang diterapkan adalah sangat baik. Di sini, Kedah boleh mencuba peluang dengan menawarkan Kiatisuk jawatan sebagai pengendali. Siapa tahu beliau menerimanya.

    Haa itulah dia 5 jurulatih yang boleh diberi perhatian oleh KFA sekiranya mereka mahu menggantikan Ramon Marcote. Kelima-lima jurulatih di atas mempunyai gaya permainan serta falsafah mereka sendiri. Tetapi, walau apapun, kita harus menuggu keputusan daripada mesyuarat yanga kan diadakan oleh KFA dalam masa terdekat.

    Baca Juga: Sylvano Ganti Pablo ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.