Liga Malaysia berhenti rehat seketika bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa. Saingan Piala FA, Liga Super dan Liga Perdana akan disambung setelah perlawanan terakhir antara Malaysia menentang Nepal pada 1 April ini. Sudah pasti, rehat panjang yang ada digunakan oleh pasukan untuk mengatur semula percaturan. Di sini, kami senaraikan 5 pasukan yang harus bangkit selepas rehat panjang Liga Malaysia.
1. Negeri Sembilan
Sumber Gambar: Negeri Sembilan FA
Rehat panjang ini harus digunakan oleh Azraai Khor untuk mengatur semula strategi pasukan Negeri Sembilan. Sambil itu, Nicolas Velez boleh melakukan sesi pemulihan daripada kecederaan. Jika Velez berjaya pulih menjelang bersambungnya perlawanan Liga, mungkin Negeri Sembilan boleh memperbaiki prestasi mereka.
2. Selangor
Sumber Gambar: FA Selangor
Sejak P.Maniam direhatkan, Selangor berjaya mendapatkan rentak seperti permulaan musim ini. Mereka berjaya menewaskan Terengganu dalam saingan Piala FA. Tempoh rehat kali ini harus digunakan oleh Nazliazmi untuk merencanakan pasukan bagi saingan Liga Super dan Piala FA.
3. Kedah
Sumber Gambar: Kedah FA
Pasukan yang satu ini memang perlukan perubahan segera! Rehat yang panjang kali ini Ramon Marcote harus mencari jalan alternatif bagi mengembalikan pasukan Kedah ke jalan kemenangan. Beliau harus menyelesaikan masalah di bahagian serangan Kedah.
4. Kelantan
Sumber Gambar: Kelantan FA
Macam-macam yang berlaku dalam bola sepak Kelantan dalam dua minggu ini. Minggu lalu, Ferdinand Sinaga dilepaskan. Minggu ini, jawatan pengurusan pula dirombak. Tetapi, apa yang pasti, tempoh rehat ini harus digunakan dengan sebaiknya oleh Yusri Che Lah dan Fajr Ibrahim bagi memperbaiki prestasi pasukan.
5. Johor Darul Ta’zim II
Sumber Gambar: JST
Entah dimana silapnya dengan reserve team yang satu ini. Pasukan yang dipenuhi bintang ini malah terjerumus di kelompok bawahan Liga Perdana. Temph rehat ini seharusnya digunakan untuk Benjamin Mora bagi merangka semula perancangan pasukan..
Haa itulah dia 5 pasukan yang harus bangkit setelah rehat panjang. Kelima-lima pasukan di atas perlu segera bangkit jika mereka mahu segera mengutip kemenangan dalam saingan Liga Malaysia.
Apa pendapat anda mengenai 5 pasukan di atas ? Mampukah mereka bangkit ?
Baca Juga: Pindaan Jadual Mencurigakan ?