Pasukan kebangsaan akan menentang Lebanon dalam perlawanan kumpulan B dalam pusingan kelayakkan Piala Asia 2019. Perlawanan ini merupakan perlawanan terakhir peringkat kelayakkan. Peluang Malaysia sudah tertutp rapat manakala Lebanon sudah pasti akan mengambil bahagian pada temasya tahun hadapan. Di sini, kami akan menyenaraikan kepada anda 5 pemain yang bleh diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasna utama esok.
1. Irfan Zakaria
Sumber Gambar: Goal.com
Irfan tidak diturunkan ketika Malaysia seri dengan Monggolia minggu lalu. Berkemampuan untuk bermain sebagai pemain tengah dan juga pertahanan, kami merasakan Tan Cheng Hoe boleh memberikan peluang kepada Irfan untuk tampil.
2. Wan Zack Haikal
Sumber Gambar: Bazookapena
Wan Zack menjadi pilihan kedua Tan Cheng Hoe ketika Malaysia menentang Mongolia. Beliau hanya dimasukkan pada separuh masa kedua. Pada perlawanan esok, kami berpedapat W an Zack boleh diberikan peluang untuk tampil.
3. Hafizul Hakim
Sumber Gambar: Goal.com
Hafizul Hakim sebelum ini selalu menjadi pilihan utama untuk mejaga gawang negara. Namun, beliau tidak diturunkan pada perlawanan minggu lalu. Kami berpendapat Hafizul harus diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.
4. Shahrel Fikri Fauzi
Sumber Gambar: Semuanya Bola
Shahrel Fikri dipanggil bagi menggantikan penyerang utama negara, Ahmad Hazwan Bakri yang digugurkan. Ketika ini, hanya beliau dan juga Jafri sebagai pemain serangan negara. Jika kita melihat kepada prestasi semasa, nama Eki adalah pemain yang tepat untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.
5. Ariff Farhan
Sumber Gambar: Kedah FA
Ariff Farhan hanya diturunkan pada 5 minit terakhir ketika Malaysia seri dengan Mongolia. Dengan Fadzly Mazlan digugurkan, kami rasa Ariff adalah pemain yang sesuai untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Ketika ini, beliau bersaing dengan Nazirul Naim untuk posisi pertahanan kiri.
Haa itulah dia 5 pemain yang menurut kami boleh diberi peluang oleh Tan Cheng Hoe untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Malaysia menentang Lebanon esok. Walaupun perlawanan ini sudah tiada makna buat Malaysia, namun kita masih lagi boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.