1. Sejak pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan, banyak cadangan mengenai pemilihan pemain yang dilontarkan kepada beliau. Tan Cheng Hoe sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili skuad senior kebangsaan. Di sini, kami bawakan kepada anda 7 pemain yang boleh dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan untuk perlawanan antarabangsa akan datang.

    1. Akhyar Rashid

    Sumber Gambar: Kedah FA

    Prestasi semasa pemain sayao Kedah ini memang mengagumkan. Beliau berjaya tampil dalam kesebelasan utama Kedah dengan mengetepikan Sayzwan Zainon di posisi sayap kiri. Kami berpendapat Akhyar boleh diberi peluang untuk tampil bersama pasukan senior.

    2. Safawi Rasid

    Serangan

    Sumber Gambar: JST

    Seorang lagi pemain sayap yang beraksi dengan baik setakat ini. Safawi mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Pereyra Diaz dalam kesebelasan utama JDT. Tan Chengo Hoe boleh meletakkan beliau sama ada di bahagian kiri atau kanan.

    3. Mahali Jasuli

    Sumber Gambar: PKNS FC

    Mahali berjaya menemui sentuhan beliau apabila beraksi di bawah bimbingan Datuk K.Rajagopal musim ini. Tiga gol beliau dalam saingan Liga Super sudah cukup membuktikan bahawa beliau wajar untuk diberi peluang sekali lagi mewakili skuad kebangsaan.

    4. Natxo Insa

    Skuad Kebangsaan

    Sumber Gambar: Nizam Rahman – www.asiana.my

    Tahun lalu beliau menolak untuk mewakili skuad kebangsaan kerana mahu untuk menumpukan perhatian bersama JDT terlebih dahulu. Kali ini, beliau sudah pasti sedia apabila dipanggil oleh Tan Cheng Hoe. Dengan kehadiran beliau, bahagian tengah skuad negara akan lebih bervariasi.

    5. Nor Azam Azih

    Pemain Muda

    Sumber Gambar: Pahang FA

    Seorang lagi pemain tengah yang layak untuk mewakili skuad senior kebangsaan. Prestasi Azam bersama Pahang musim ini boleh dikatakan cukup baik. Kawalan bola serta kualiti hantaran beliau menyumbang peranan besar bersama pasukan Pahang setakat ini.

    6. Safee Sali

    Sumber Gambar: PKNS FC

    Sudah lama kita tidak menyaksikan aksi penyerang berpenngalaman negara ini bersama skuad kebangsaan. Safee boleh dikatakan membuat “comeback” musim ini apabila beraksi cemerlang di bahagian serangan PKNS FC musim ini.

    7. La’Vere Corbin-Ong

    Sumber Gambar: Sports247

    Seorang lagi pemain kacukan yang boleh dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan. Persembahan Corbin-Ong bersama JDT musim ini cukup baik. Larian pantas serta lontaran ke dalam beliau menjadi penanda aras persembahan Corbin-Ong musim ini.

    Haa itulah 7 pemain yang menurut kami boleh dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Apa pendapat anda mengenai pemain di atas ? Anda ada pemain lain yang boleh dimasukkan ke dalam senarai ? Mari Kongsikan dengan kami.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.