• Teka-teki mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi belum terjawab sehingga kini. Sama ada baginda benar-benar mahu meletak jawatan, ataupun baginda mahu menarik balik hasrat tersebut dan kembali menjadi memegang tampuk tertinggi. Baru-baru ini, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir berkongsi calon yang sesuai untuk mengisi jawatan presiden FAM jika TMJ meletak jawatan.

    Individu yang dipilih oleh Datuk Jamal Nasir kita ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bukan biasa-biasa legend sorang ni. Datuk Jamal memberi sebab mengapa Perdana Menteri kita ialah individu yang sesuai untuk memegang jawatan sebagai presiden FAM.

    Anak Muda

    Menurut Datuk Jamal, passion tentang bola sepak yang dimiliki oleh Datuk Seri Najib selain pengaruh yang dimiliki oleh beliau menjadi sebab utama mengapa Datuk Jamal memilih Perdana Menteri kita. Jika Datuk Seri Najib tidak berminat dengan jawatan presiden, maka beliau boleh dilantik sebagai penasihat atau penaung FAM. Kami berpendapat cadangan yang diajukan oleh Datuk Jamal ini sedikit extreme dari kebiasaanya.

    Untuk jawatan presiden FAM, kami berpendapat masih terdapat calon lain yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut. Mengapa kami tidak bersetuju degan cadangan Datuk Jamal ialah Perdana Menteri kita mempunyai tugas negara yang lebih besar dan banyak perkara yang harus diberi perhatian oleh beliau. Memang tidak dinafikan beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bola sepak. Beliau menjadikan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United sebagai pasukan kesayangan beliau.

    Akan tetapi, biarlah perihal bola sepak negara dipegang oleh seseorang individu yang boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perkara tersebut. Individu seperti Tunku Mahkota Johor, bekas pemain kebangsaan dan mungkin presiden persatuan bola sepak negeri, jika ada yang berminat.

    Itulah pendapat kami mengenai cadangan Datuk Jamal Nasir yang menganggap Datuk Seri Najib Tun Razak layak adalan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan presiden FAM. Buat masa sekarang, apa yang boleh kita buat hanyalah menunggu pengumuman rasmi daripada FAM mengenai perkara ini.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.