• Selangor akan menghadapi pasukan Perak dalam perlawanan minggu ketiga Unifi Liga Super 2018 pada sabtu. Setelah menelan dua kekalahan berturut-turut kepada pasukan Terengganu dan juga pasukan Pahang, Selangor akhirnya mengutip kemenangan apabila menewaskan MOF FC dalam saingan Piala FA. Tetapi ketika perlawanan menentang MOF, penyokong Selangor sedikit kecewa kerana ketua jurulatih, P.Maniam masih lagi menggunakan 3-4-3. Peminat mahukan P.Maniam menggunakan formasi lain kerana mereka berpendapat formasi tersebut sudah tidak relevan untuk pasukan. Adakah P.Maniam akan mengubah formasi dan juga taktikal beliau ketika menghadapi Perak pada sabtu ?

    Setelah merubah formasi kepada 4-3-3 ketika menentang MOF pada separuh masa kedua minggu lalu, Selangor dilihat lebih berbahaya berbanding separuh masa pertama ketika menggunakan formasi 3-4-3. Jentera tengah Selangor lebih berkesan kerana Evan Dimas mempunyai lebih ruang untuk membuat hantaran bola ke barisan serangan Selangor. Barisan Selangor juga lebih kemas dan teratur ketika aspek bertahan dan juga ketika membantu barisan serangan. Keseluruhannya, kami berpendapat Selangor harus meneruskan penggunaan formasi 4-3-3 pada perlawanan yang akan datang.

    Jika P.Maniam memutuskan untuk menggunakan 4-3-3 pada perlawanan akan datang, mungkin Wilian Pacheco boleh digandingkan dengan Razman Roslan di pertahanan tengah. Untuk right back dan left back pasukan, D.Kugan dan K.Kannan dilihat sesuai untuk mengisi posisi tersebut. Bahagian tengah boleh diisi oleh Alfonso De La Cruz atau Abdul Halim Zainal sebagai pemain tengah bertahan manakala Joseph Kalang Tie dan Evan Dimas sebagai pemain tengah menyerang. Di barisan serangan pula, Amri Yahyah, Ilham Udin Armayn serta Rufino Segovia merupakan gandingan yang ideal bagi mengisi posisi tersebut. Mungkin Azamuddin Akil boleh dipertimbangkan bagi menggantikan Wak Am atau Ilham.

    Adakah P.Maniam akan menukar taktikal beliau ? Jawapan untuk soalan itu kita akan temui apabila Selangor menentang Perak sabtu ini. Tetapi, apa yang pasti, pasukan Selangor perlu segera mengutip kemenangan dalam saingan Liga untuk meredekan sedikit tekanan daripada peminat. Kemenangan juga penting buat Selangor untuk memastikan mereka tidak ketinggalan jauh dengan pasukan lain.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.