• Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan bahawa beliau akan membuat pembaziran bagi menguatkan pasukan dengan membeli beberapa pemain yang mempunyai harga yang tinggi. Dalam satu sesi beramah mesra bersama peminat JDT, TMJ juga mengakui bahawa beliau membuat kesilapan dengan membawa masuk beberapa pemain lama pada awal musim. Anda boleh lihat sesi penuh TMJ bersama peminat di sini. Daripada sesi bersama peminat ini, kami mempunyai pertanyaan. Adakah pembaziran yang bakal dibuat ini bakal memberi impak kepada pasukan Johor Darul Ta’zim dan juga pasukan lain dalam Liga Malaysia ?

    Kita sedia maklum bahawa pasukan JDT mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk membawa masuk pemain import yang mempunyai tanda harga yang tinggi. Kami berpendapat akan ada pemain import yang akan digugurkan sekiranya benar JDT mahu membawa masuk barisan pemain import baru. Mungkin Luciano Figueroa akan kembali menjadi duta JDT dan tempat beliau di bahagian serangan akan diisi oleh penyerang import yang baru. Marcos Antonio juga berkemungkinan akan diganti bagi memberikan nafas baru di bahagian pertahanan pasukan. Mungkin juga langkah yang diambil ini bagi mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan, sekiranya mereka menjadi juara Liga Super musim ini.

    Impak kepada pasukan lain pula, berkemungkinan besar langkah yang bakal diambil oleh Johor Darul Ta’zim ini bakal menjadi ikutan oleh pasukan lain dalam Liga Malaysia. Mereka cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan pasukan bagi memberikan cabaran kepada pasukan yang lebih besar. Kemudiannya, timbul bermacam masalah antaranya isu tunggakan gaji pemain. Walaupun acap kali diingatkan agar berbelanja mengikut kemampuan pasukan, tetapi mereka masih lagi berdegil.

    Adakah langkah pembaziran oleh Johor Darul Ta’zim ini akan memberi impak kepada JDT dan juga pemain lain ? Kami berpendapat ia akan sedikit sebanyak memberi impak. Langkah yang diambil ini dilihat sebagai usaha JDT untuk mendominasi Liga Malaysia. Mereka mahu memastikan tiada siapa yang akan merampas tahkta Liga Super daripada genggaman mereka.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.