• Berita tentang rancangan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nyata mengejutkan komuniti bola sepak Asia. Federasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mahu TMJ mempertimbangkan semula hasrat beliau dan mereka berpendapat meletak jawatan adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan. Di sini, kami mempunyai pertanyaan jika benar TMJ meletak jawatan sebagai presiden FAM. Adakah penaja dalam Liga Malaysia akan menarik diri sekiranya TMJ bukan lagi presiden FAM ?

    Terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh TMJ dalam mengubah landskap bola sepak Malaysia. Bermula daripada pernjanjian dengan pembekal
    perkhidmatan video atas talian, Iflix untuk menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia dan menyiarkan perlawanan Liga Malaysia dalam platform mereka. Para peminat dapat menyaksikan lebih banyak perlawanan Liga Malaysia berbanding sebelum ini yang hanya tertumpu di kaca televisyen saja. Selain Iflix, TMJ juga berjaya mendapatkan tajaan daripada TM untuk menaja Liga Super sekaligus menyiarkan perlawanan Liga Super di saluran Unifi TV mereka. Perjanjian yang ditandatangani antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bernilai RM 480 Juta. Penajaan ini adalah yang terbesar dalam sejarah Liga Malaysia.

    Selain berjaya mendapatkan penajaan bersama TM dan Iflix, TMJ juga berjaya mendapatkan tajaan platform membeli-belah atas talian, Shopee bagi menaja saingan Piala FA edisi kali ini. Peminat juga boleh memberi tiket Piala FA dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter tiket stadium.

    Dengan semua tajaan yang diterima kali ini, pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia juga mendapat manfaat apabila mereka mendapat nilai gerak yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Pasukan Liga Super hanya mendapat RM1 Juta manakala pasukan Liga Perdana mendapat RM500,000 sebelum ini. Setelah TMJ memegang tampuk pemerintahan, pasukan Liga Super mendapat RM 3 Juta manakala pasukan Liga Perdana mendapat RM1 Juta.

    Adakah penaja akan menarik diri sekiranya TMJ meletak jawatan sebagai presiden FAM ? Jawapan kepada persoalan tersebut hanya akan kita ketahui apabila FAM membuat sidang media rasmi mengenai peletakkan jawatan TMJ sebagai presiden.

    Baca Juga: TMJ Letak Jawatan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.