• Fajr Ibrahim dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menggantikan Yusri Che Lah yang kini menjadi pembantu jurulatih. Pelantikan ini nampaknya diterima baik oleh peminat pasukan Kelantan. Namun, baru saja berperanan sebagai jurulatih, sudah ada pemain yang menjalankan boikot terhadap Fajr. Apa cerita ?

    Apabila beliau dilantik sebagai ketua jurulatih, Fajr Ibrahim telah menetapkan peraturan baru bagi meningkatkan tahap disiplin para pegawai dan pemain Kelantan. Antara peraturan baru yang dibuat adalah mereka dilarang sama sekali membawa telefon bimbit ketika sesi latihan dan sebelum perlawanan. Jika melanggar arahan tersebut, mereka boleh dikenakan denda wang tunai sebanyak RM500.

    Tindakan ini nyata mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemain sehingga ada yang mahu memboikot Fajr. Perkara ini juga disahkan oleh presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan. Bibi menasihatkan para pemain yang mahu memberontak supaya keluar daripada pasukan jika mereka tidak boleh menerima peraturan baru ini. Presiden KAFA ini juga menambah bahawa sebagai pemain profesional, mereka sepatutnya tiada masalah dengan peraturan ini.

    Di sini, kami setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Presiden KAFA. Kami berpendapat Fajr Ibrahim mahukan semua para pemain dan juga pegawai untuk menumpukan sepenuh perhatian mereka bagi menaikkan kedudukan Kelantan dalam saingan Liga Super. Pasukan Kelantan ketika ini berada di tangga ke-11 Liga. Sudah pasti mereka mahu keluar dari kedudukan tersebut secepat mungkin.

    Lagipun, peraturan sebegini bukan saja diterapkan dalam Liga Malaysia saja. Di beberapa Liga utama di Eropah, mereka juga menekankan peraturan sebegini. Peraturan seperti ini secara tidak langsung juga baik untuk para pemain bagi memantapkan lagi tahap disiplin serta perhatian mereka ketika berlatih bersama pasukan. Jika mereka dapat memantapkan kedua-dua aspek, tidak mustahil keputusan baik boleh dicapai pada perlawanan mendatang

    Apa pendapat anda tentang beberapa pemain Kelantan yang melakukan boikot terhadap Fajr Ibrahim ini ? Adakah tindakan tidak profesional sesetengah pemain ini akan merugikan pasukan Kelantan ?

    Baca Juga: Lambat-Laun Akan Dilantik Sebagai Jurulatih ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.