• Juara bertahan Piala FA, pasukan Kedah tewas kepada pasukan Pahang sekaligus tersingkir daripada saingan tahun ini. Jaringan tunggal Muhamadou Sumareh pada babak pertama sudah cukup untuk melayakkan Pahang ke pusingan suku akhir. Apa dah jadi dengan pasukan Kedah ?

    Barisan utama yang diturunkan oleh Ramon Marcote pada perlawanan semalam dilihat buntu dari segala arah. Yang paling ketara sekali ialah bahagian serangan apabila sama sekali tidak berfungsi. Pablo Pallares dilihat kembali ke “prestasi” asal beliau sebelum ini.

    Ketiadaan Andik Vermansah dilihat sedikit menjejaskan gerakan serangan Kedah. Apabila Akhyar Rashid dikeluarkan pada separuh masa kedua, Kedah dilihat langsung tidak mendatangkan bahaya kepada pasukan Pahang. Mereka hanya mengharapklan situasi bola mati untuk mencari gol. Kami berpendapat mereka masih belum dapat melupakan kekalahan mengejut di tangan Kuala Lumpur minggu lalu.

    Bagi pasukan Pahang pula, barisan serangan mereka sedikit terjejas apabila penyerang utama, Francis Forkey Doe dikeluarkan pada minit ke-24 kerana kecederaan. Pengganti Forkey Doe, Norshahrul Idlan Talaha pula dilihat tidak dapat menjalankan tugas sebaik Doe di bahagian serangan.

    Mujur ada Muhamadou Sumareh yang berjaya menyelamatkan keadaan buat Pahang. Kami merasakan jika Sumareh gagal untuk menjaringkan gol, perlawanan semalam mungkin akan diheret sehingga masa tambahan. Meskipun persembahan pasukan tidak seperti perlawanan sebelumnya, Pahang deserve to win this game kerana mereka lebih kemas berbanding lawan mereka semalam.

    Adakah Marcote akan terus diberikan kepercayaan untuk terus mengemudi pasukan Kedah ? Jika kita melihat kepada apa yang sedang berlaku, beliau mungkin mempunyai dua atau tiga perlawanan lagi untuk memastikan Kedah kembali mengutip kemenangan. Walaupun kekalahan kali kedua tidak seberat kekalahan kepada Kuala Lumpur minggu lalu, akan tetapi prestasi sebegini tidak seharusnya dihadapi oleh Kedah.

    Apa dah jadi kepada pasukan Kedah ? Sampai bila kekalahan ini harus dihadapi oleh peminat setia Hijau Kuning ? Jawapan kepada persoalan ini hanya boleh kita ketahui apabila saingan Liga kembali menyambung tirainya.

    Baca Juga: Penentuan Nasib Ramon Marcote ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.