• Baru-baru ini, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menyatakan bahawa terdapat lambakan “ejen haram” yang berkeliaran dalam kancah Liga Malaysia. Mengapa perkara ini boleh berlaku kerana jika mahu berdaftar sebagai ejen kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ejen tempatan harus meletakkan wang pendaftaran sebanyak RM10,000 manakala RM50,000 pula untuk ejen asing yang mahu mendaftar bersama badan induk bola sepak negara. Hal ini lantas menimbulkan persoalan. Apa jalan penyelesaian kepada masalah ini ?

    Penaja

    Lambakan ejen haram ini nyata memberi kesan buruk kepada persekitaran Liga Malaysia. Dan yang paling terkesan dengan adanya ejen haram ini adalah pasukan dan juga pemain yang menjadi client kepada ejen tersebut. Pasukan terpaksa membayar satu jumlah wang yang besar kepada ejen yang tidak bertauliah dan berkemungkinan mereka mendapat pemain yang suam-suam kuku. Ini lebih tertumpu kepada pengambilan pemain import. Kesan kepada pemain pula adalah nasib mereka menjadi perjudian yang tidak sepatutnya. Bayangkan jika ada masalah melibatkan client mereka dengan pasukan. Pemain tersebut mengalami kecederaan pada awal musim dan akan digantikan. Jika ejen tidak ada pengetahuan yang khusus mengenai perkara ini, nasib pemain tersebut akan terabai dan tidak terbela.

    Di sini, kami mempunyai beberapa cadangan agar masalah ini boleh diatasi daripada terus menjadi wabak dalam arena bola sepak kita. Apa yang boleh dilakukan oleh FAM adalah menurunkan sedikit wang pendaftaran kepada ejen yang mahu berdaftar di bawah naungan mereka. Kami berpendapat yuran yang dikenakan ketika ini adalah terlalu tinggi. Seterusnya, FAM harus memeriksa latar belakang setiap ejen pemain Liga Malaysia, tak kira pemain tempatan atau pemain import. Untuk ejen asing, mungkin FAM boleh memeriksa rekod mereka daripada badan induk yang mereka daftar. Semak juga rekod daripada Liga dimana pemain di bawah naungan mereka pernah bermain. Ini untuk mengelakkan salah laku daripada berlaku di Liga kita.

    Penaja

    Diharapkan isu ejen haram ini dapat segera diselesaikan bagi memastikan perjalanan Liga kita ini lancar dan juga teratur. Ini bagi mengelakkan pemain dan juga pasukan dikencing oleh ejen yang tidak bertauliah ini.

    Baca Juga: Habis “Madhu”, Sepah Dibuang!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.