• Ranking FIFA selalu menjadi isu untuk setiap pasukan bola sepak kebangsaan di dunia ini. Pelbagai usaha dilakukan untuk menaikkan rangking pasukan, terutamanya pasukan yang berada di bawahan. Dalam penulisan kali ini, kami mahu membawakan bagaimana India boleh menaikkan rangking mereka hanya dalam kurun masa 2 tahun.

    1. Kebangkitan Bengaluru FC di Kancah Bola Sepak Asia
    Sumber Gambar: Zee News[/caption]

    Meskipun Bengaluru FC baru berusia 11 tahun, tetapi pencapaian mereka di peringkat domestik dan juga peringkat Asia boleh dibanggakan oleh bola sepak India. Dalam dua edisi Piala AFC terakhir, mereka berjaya layak ke peringkat separuh akhir dan akhir. Ini sedikit sebanyak membantu skuad kebangsaan India menaikkan ranking mereka.

    2. Pelaburan Dalam Pembangunan Pemain Muda

    Pada 2013, Bola Sepak India memulakan pembangunan pemain muda secara besar-besaran. UEFA dan All India Football Federation (AIFF) membiayai lebih banyak program untuk belia berbakat berlatih dengan kelab luar negara dan mendapat banyak pengalaman penting. Antara pemain muda yang berjaya daripada program ini ialah Ishan Pandita. Beliau menjadi pemain India pertama bermain untuk kelab Sepanyol, Leganes. Selain itu, liga domestik yang kompetitif juga melahirkan beberapa pemain muda yang cemerlang.

    3. Pelantikkan Stephen Constantine Sebagai Jurulatih
    Sumber Gambar: Zee News[/caption]

    Dalam usaha menaikkan ranking FIFA mereka, All India Football Federation (AIFF) melantik Stephen Constantine sebagai ketua jurulath skuad kebangsaan mereka yang baru bagi menggantikan Wim Koevermans. Constantine mempunyai rekod yang baik sebelumnya apabila berjaya membantu Rwanda naik ke posisi 67 dalam ranking FIFA.

    4. Memajukan Liga Domestik

    Satu lagi faktor mengapa India boleh menaikkan ranking FIFA mereka ialah mempunyai liga domestik yang kompetitif. Pelaburan yang dilakukan oleh Reliance and IMG nyata berbaloi apabila Liga Super India berjaya menarik minat beberapa pemain bertaraf dunia untuk bermain dalam Liga mereka. Liga Super India ditonton oleh seramai 214 juta penonton musim lalu. Satu pencapaian yang membanggakan.

    Haa itulah sedikit-sebanyak tentang bagaimana India boleh meningkatkan rangking FIFA mereka. Ketika ini, India berada di kedudukan 99. Mungkin pencapaian India ini boleh menjadi contoh kepada kita.

    Baca Juga: Isu Ranking Masih Boleh Diperbaiki

    Leave a comment

    Your email address will not be published.