• Perlawanan menentang Bhutan sememangnya memberikan peminat bola sepak negara keterujaan dalam kerisauan. Mana tidaknya, walaupun Bhutan berada di bawah Malaysia dari segi kedudukan ranking FIFA, tetapi kemampuan mereka juga tidak boleh dipandang rendah. Untuk perlawanan kali ini, kami tertanya-tanya jika ada penggiliran pemain yang bakal dilakukan oleh Tan Cheng Hoe.

    Ketika perlawanan menentang Lebanon selasa lalu, barisan pemain yang diturunkan ketika itu menunjukkan prestasi dan juga persembahan yang sangat baik. Kami berpendapat Tan Cheng Hoe akan membuat sedikit perubahan bagi memberikan peluang kepada pemain yang tidak diturunkan pada perlawanan lalu. Selain itu, Tn Cheng Hoe mungkin akan memberikan peluang kepada pemain yang belum mewakili skuad kebangsaan.

    Kami merasakan posisi penjaga gol masih menjadi milik Hafizul Hakim. Shahril Sha’ari mungkin akan dimasukkan pada separuh masa kedua. Di bahagian pertahanan, Irfan Zakaria dan Shahrul Saad mungkin dikekalkan di bahagian tengah. Sama juga dengan Matthew Davies di bahagian kanan. Nazirul Naim pula mungkin dimasukkan bagi menggantikan Ariff Farhan. Di barisan tengah, Nazmi Faiz dan Akram Mahinan berkemungkinan besar akan dikekalkan. TCH juga memiliki pilihan untuk menurunkan Syahmi Safari di bahagian tengah bagi menggantikan Mahali Jasuli.

    Di barisan serangan, Tan Cheng Hoe perlu berhati-hati dalam memilih pemain bagi posisi ini. Ketua pasukan, Zaquan Adha mungkin akan diletakkan di posisi sayap kanan manakala Akhyar Rashid di posisi sayap kiri. Bagi posisi penyerang utama, kami berpendapat sama ada Syafiq Ahmad atau Shahrel Fikri yang bakal diturunkan.

    Apa yang pasti, siapa pun pemain yang diturunkan pada perlawanan esok, mereka haruslah mengambil tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jangan ambil sikap sambil lewa kerana itu boleh menjadi silent killer sekaligus meranapkan impian peminat bola sepak tanah air yang dahagakan kemenangan.

    Apa pendapat anda mengenai barisan pemain yang akan diturunkan oleh Tan Cheng Hoe pada esok ? Adakah bakal berlaku penggiliran bagi memberi peluang kepada pemain lain untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan ?

    Baca Juga: Syafiq Ahmad Pilihan Utama ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.