• Perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Malaysia menentang Mongolia khamis ini akan menjadi satu perlawanan yang penting buat Tan Cheng Hoe. Ini kerana beliau harus membimbing Malaysia mengutip kemenangan bagi memperbaiki ranking FIFA pasukan negara. Jadi, untuk mengutip kemeangan, Tan Cheng Hoe perlu memilih barisan pertahanan yang mantap untuk melindungi penjaga gol. Di sini, kami bawakan kepada anda barisan pertahanan pilihan Inika Bola.

    Untuk persiapan pasukan kebangsaan menentang Mongolia, Tan Cheng Hoe memanggil serama 10 pemain pertahanan bagi menyertai latihan pusat. Pemain senior seperti Fadhli Shas, Fadzly Mazlan, Matthew Davies, Shahrul Saad dan Kiko Insa dicampur dengan pertahanan muda seperti Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria, Rawilson Batuil, Syahmi Safari dan seorang pemain kacukan, La’Vare Corbin-Ong.

    Jika kita melihat kepada prestasi semasa, Matthew Davies dilihat pemain yang sesuai untuk mengisi posisi tersebut berbanding Syahmi Safari. Kita boleh lihat persembahan Davies bersama Pahang setakat ini, memang meyakinkan. Bagi posisi pertahanan kiri pula, tak lain dan tak bukan adalah La’Vare Corbin-Ong. Persembahan cemerlang Corbin bersama JDT menjadikan beliau pilihan utama.

    Bagi gandingan di bahagian tengah pula, kami memilih Fadhli Shas dan Shahrul Saad untuk diturunkan dalam kesebelasan utama. Kedua-dua pemain ini beraksi dengan cemerlang bersama kelab masing-masing. Tambahan pula, Fadhli dan Shahrul mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kejohanan besar seperti Piala AFF Suzuki.

    Jika TCH mahukan kelainan di barisan pertahanan, beliau boleh menurunkan pemain Sabah, Rawilson Batuil bagi digandingkan dengan Adam Nor Azlin di bahagian tengah. Syahmi Safari boleh mengisi di bahagian kanan manakala Fadzly Mazlan di bahagian kiri. Banyak pilihan yang dimiliki oleh TCH.

    Haa itulah dia barisan pertahanan pilihan kami bagi perlawanan antara Malaysia menentang Mongolia khamis ini. Dengan campuran pemain senior dan juga pemain muda, kita bakal melihat barisan benteng negara dengan nafas yang baharu. Tiada lagi kuda tua yang digunakan.

    Baca Juga: Siapa Yang Layak Menjaga Gawang Negara Nanti ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.