• Hari yang ditunggu oleh peminat bola sepak negara telahpun tiba. Hari ini, Malaysia akan menentang Mongolia dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada perlawanan hari ini, skuad negara berpeluang untuk mengutip kemenangan pertama dalam tempoh lebih dari setahun. Berjuang habis-habisan!

    Banyak perkara yang kita akan lihat pada perlawanan hari ini. Kita akan melihat barisan pemain yang boleh dikatakan berbeza berbanding sebelumnya ini. Mampukah campuran pemain senior dan juga pemain muda mengangkat semula maruah bola sepak negara yang telah sekian lama tercalar ? Yang telah sekian lama tidak mengecapi kejayaan ? Jawapan kepada persoalan tersebut akan terjawab hari ini.

    Baca Juga: Harapan Utama Negara

    Selain barisan pemain, kita juga akan melihat bagaimana taktikal dan juga gaya permainan yang akan diterapkan oleh jurulatih baru negara, Tan Cheng Hoe. Sebelum ini, beliau hanya berperan sebagai pembantu kepada Datuk K.Rajagopal dan Nelo Vingada. Dengan dilantiknya beliau sebagai ketua jurulatih, adakah corak permainan negara akan berbeza berbanding sebelum ini ?

    Perlawanan hari ini juga penting kerana para pemain boleh membuktikan kepada presiden FAM yang mahu meletak jawatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa masih ada harapan dalam skuad kebangsaan. Jadi, baginda boleh menarik balik hasrat beliau untuk meletak jawatan dan meneruskan perjuangan sebagai presiden FAM.

    Baca Juga: Siapa Yang Layak Menjaga Gawang Negara ?

    Jika kita berjaya mengutip kemenangan hari ini, maka tekanan menggunung yang dihadapi oleh pasukan negara akan berkurang sedikit. Ranking pasukan kebangsaan kita juga berkemungkinan akan naik. Selain meraih kemenangan, kami berharap game play yang diterapkan malam ini akan lebih menarik berbanding sebelum ini.

    Ayuh Malaysiaku! Kami mahukan para pemain berjuang sehabis baik pada perlawanan malam ini. Buktikan kepada semua bahawa pasukan negara masih mempunyai harapan untuk mengembalikan semula era kecemerlangan dan juga kajayaan seperti sebelumnya. Buktikan kepada semua bahawa ini adalah titik permulaan untuk kita menuju kejayaan pada masa akan datang. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada para pemain. Malaysia till we die!

    Baca Juga: Barisan Pertahanan Pilihan Tan Cheng Hoe

    Leave a comment

    Your email address will not be published.