• Korang selalu dengar main bolasepak mesti dekat padang bolasepak ataupun di stadium je kan? Haa, kali ini penulis bawakan satu kelainan yang rata-rata korang belum pernah tengok, iaitu bermain bolasepak di padang golf? Bunyi nya macam pelik kan? Tapi ianya memang ada di Amerika dan juga Eropah! Biasa laa, mat salleh ni kadang-kadang suka buat benda pelik yang kita sendiri tak pernah tahu, tapi memang menghiburkan! Sebelum tu, penulis nak payung satu video untuk korang tengok permainan “footgolf” ini.

    (Sumber video: Mashable Daily)

    Amacam? Korang rasa tak apa yang penulis rasa kat bawah ni? Kaget kan?

    Selayang Terror

    Footgolf merupakan permainan golf + bolasepak yang disatukan, jadilah “footgolf“. Konsep permainan ni sama seperti permainan golf, hanya saja menggunakan teknik bolasepak. Footgolf tidak perlu melakukan teknik yang rumit seperti “driblling” dan sebagainya, dan tidak memerlukan badan yang “sado” untuk bermain, tak ada siapa pun yang nak “tacklekorang. Footgolf ini menggunakan kaki sebagai pemukul bola, tak perlu susah-susah dah nak bawak batang golf yang mahal tu kemana-mana. Tak perlu pun beli kasut “boot”, hanya pakai kasut sukan biasa je dah mencukupi sambil menikmati suasana padang golf yang menyenangkan menghirup angin sepoi-sepoi ~

    Walaupun hampir sama dengan bolasepak, ada yang korang takkan dapat tengok di footgolf. Ketika mereka memasukkan bola ke lubang, maafkan penulis, lubang golf ye maksud penulis. Korang tak boleh merayakan gol ala-ala Balotelli!

    Korang juga tidak akan menyaksikan penyokong ataupun penonton membakar flare ketika ada yang mencetak gol seperti di negara-negara yang lain. Dah gol tu, senyum je lah. Lagi satu, saiz lubang golf yang berdiameter 21 inci (hampir 2 kali pembaris panjang yang korang selalu guna kat sekolah dulu) membuatkan bola itu mudah untuk masuk, kalau bola dekat boleh lah, kalau bola jauh dari lubang golf kena laa sepak macam goal kick!

    Selain itu, menendang bola ke dalam lubang golf hanya boleh tendang menggunakan satu sentuhan saja. Haa, bagi mana yang sepak kelaut dan masuk kedalam air, barulah boleh angkat bola tersebut ke daratan, dengan dua langkah dari titik jatuh terdekat dengan air. Pemenang dikira dengan memasukkan bola kedalam semua lubang golf dengan jumlah tendangan yang minima.

    Itu saja yang penulis nak sampaikan dekat korang. Apa pandangan korang terhadap sukan footgolf ini? Mana tau suatu hari nanti sukan ini pula ada di Malaysia? Boleh lah korang asah bakat dari sekarang. Sekian dari penulis, majulah sukan untuk negara!

    (Visited 27 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.