• Debaran Piala Dunia 2018 bakal bermula tidak lama lagi, kali ini negara Rusia menjadi tuan rumah untuk sukan yang penuh berprestij merangkap sukan nombor satu di dunia ketika ini! Haa, di sini penulis nak kongsikan serba sedikit antara stadium-stadium di Rusia yang digunakan dalam edisi piala dunia kali ini. Stadium mereka sungguh mempesona apalagi bila waktu malam bagaikan bulan purnama! Berikut adalah stadium nya!

    1. Luzhniki Stadium

    Stadium ketika waktu siang.
    Sumber gambar: Complete Sports Nigeria

    Stadium ketika waktu malam!
    Sumber gambar: Pinterest

    Begitu indah nya stadium ini ketika waktu malam kan! bila lah kita dapat merasai stadium megah begini di negara kita sendiri. Stadium ini mempunyai lebih kurang 80,000 tempat duduk dan bertaraf 4 bintang dari UEFA!  Stadium ini terletak di ibukota Rusia, iaitu Moscow. Ianya dibina pada tahun 1956 setahun sebelum negara kita merdeka. Lama dah stadium ni. Stadium ini juga adalah “home” skuad kebangsaan pasukan Rusia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

    Rusia vs Arab Saudi – Kumpulan A
    Jerman vs Mexico – Kumpulan  F
    Portugal vs Morocco – Kumpulan B
    Denmark vs Perancis – Kumpulan C
    Perlawanan 16 Besar
    Perlawanan Separuh Akhir
    Perlawanan Akhir

    2. Stadium Saint Petersburg

    Stadium ketika waktu siang.
    Sumber gambar: Sportsnet


    Stadium ketika waktu malam.
    Sumber gambar: fc Zenit

    Stadium ini tak jauh beza dengan stadium tadi. Pemandangan ketika waktu malam memang tak boleh cakap ape! Memang wow! Stadium ini mempunyai lebih kurang 67,000 tempat duduk dan bertaraf 4 bintang dari UEFA!  Stadium ini terletak di salah satu bandar yang terkenal di Rusia, Saint Petersburg. Ianya baru dibina pada tahun 2017 lepas berikutan untuk edisi piala dunia. Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

    Morocco vs Iran – Kumpulan B
    Russia vs Mesir – Kumpulan A
    Brazil vs Costa Rica – Kumpulan E
    Nigeria vs Argentina – Kumpulan D
    Perlawanan 16 Besar
    Perlawanan Separuh Akhir
    Perlawanan Tempat Ketiga

    3. Stadium Fisht

    Stadium ketika waktu siang.
    Sumber gambar: goal.com

    Stadium ketika waktu malam.
    Sumber gambar: lonely planet

    Sekali lihat macam stadium Shah Alam pun ada kan? Hahaha, kalau lah ini stadium Shah Alam, dah lama dah penulis bergambar kat stadium ni. Ni stadium Shah Alam kita pun macam ape dah (faham-faham je la). Stadium ini mempunyai lebih kurang 48,000 tempat duduk,  kecik je tapi kecik-kecik tu laa suasana dia paling meriah! stadium ini terletak di bandar Sochi (macam nama Jepun pulak). Pemilik stadium ini adalah kerajaan Rusia sendiri (masyukk). Stadium ini dibina pada tahun 2013, zaman-zaman lagu penyanyi cilik tu meletop (si tegar dari Indonesia). Berikut antara perlawanan yang berlangsung menggunakan stadium ini:

    Portugal vs Sepanyol – Kumpulan B
    Belgium vs Panama – Kumpulan G
    Germany vs Sweden – Kumpulan F
    Australia vs Peru – Kumpulan C
    Perlawanan 16 Besar
    Perlawanan Suku Akhir

    4. Stadium Ekaterinburg Arena

    Stadium ketika waktu siang.
    Sumber gambar: stadiumguide

    Stadium ketika waktu malam.
    Sumber gambar: CNN International

    Stadium ini baru nampak macam purely Russian kan! Dengan tembok-temboknya yang dibina memang nampak identiti negara Rusia. Stadium ini mempunyai lebih kurang 45,000 tempat duduk dan stadium ini masih dalam proses pembinaan pada hujung tahun lepas. Ntah sempat siap atau tak? Tapi penulis yakin stadium ini sempat siap sebelum perlawanan piala dunia berlangsung. Antara perlawanan yang bakal berlangsung dalam stadium ini adalah:

    Mesir vs Uruguay – Kumpulan A
    France vs Peru – Kumpulan C
    Jepun vs Senegal – Kumpulan H
    Mexico vs Sweden – Kumpulan F

    5. Stadium Kazan Arena

    Stadium ketika waktu siang.
    Sumber gambar: FIFA

    Stadium ketika waktu malam.
    Sumber gambar: simoptions

    Nak cakap apa lagi, stadium ni memang menggiurkan! Berkapasiti sebanyak 45,000 tempat duduk dan dibina pada tahun 2010. Stadium ini juga mendapat 4 bintang oleh UEFA! Yang paling menarik, stadium ini mempunyai skrin luar terbesar di Eropah, jadi kalau tak dapat tiket pun, boleh la tengok kat luar, memang puas hati! Antara perlawanan yang bakal berlangsung dalam stadium ini adalah:

    Sweden vs Korea Selatan – Kumpulan F
    Argentina vs Croatia – Kumpulan D
    England vs Panama – Kumpulan G
    Switzerland vs Costa Rica – Kumpulamn E
    Perlawanan 16 Besar
    Perlawanan Suku Akhir

    Itulah serba sedikit stadium yang akan digunakan di perlawanan paling berprestij di dunia!  Di sini penulis nak timbulkan satu persoalan,  jika negara kita ada stadium seperti ini, adakah kita mampu untuk menjaganya dengan baik? Tepuk dada tanya seleraBahagian kedua artikel ini akan menyusul kemudian. Jika anda ada perkongsian serta pendapat mahupun pandangan, komen-komen lah di ruangan komen di bawah ye 🙂

    Baca Juga: Ke Rusia Ke Kita (Part2)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.