• Terenngganu FC mempunyai kempen yang baik dalam saingan Liga Super setakat ini. Mereka mengutip dua kemenangan, dua seri dan baru mengalami satu kekalahan dalam saingan Liga. Satu pencapaian yang baik untuk pasukan yang baru saja kembali dari saingan Liga Perdana. Baru-baru ini, Terengganu FC nampaknya mahu mengukuhkan jentera serangan apabila Bruno Suzuki bakal dinaikkan pangkat ke TCFC I.

    Bruno mewakili pasukan reserve Terengganu FC iaitu Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana musim ini. Pada mulanya, kami sedikit terkejut dengan keputusan Terengganu untuk meletakkan Bruno dalam pasukan kedua memandangkan beliau bermain dengan baik pada musim 2017 bersama pasukan Negeri Sembilan.

    Kami berpendapat jika benar Bruno bakal dinaikkan ke Terengganu FC, ini adalah satu penambahan yang baik bagi mengukuhkan lagi jentera serangan Terengganu FC. Sebelum ini, serangan Terengganu hanya bergantung kepada Lee Tuck dan juga Kipre Tchetche. Dengan adanya Bruno, Irfan Bakti mempunyai pilihan yang lebih luas.

    Bruno juga bakal menggantikan salah satu pemain import sedia ada Terengganu FC jika benar beliau dinaikkan pangkat. Besar kemungkinan Bruno akan menggantikan penyerang Korea Selatan, Lee Jun-hyeob sebagai pemain import Asia. Jun-hyeob setakat ini gagal untuk memberikan impak sejak dibawa masuk bagi menggantikan seorang lagi penyerang Korea, Park Seung-il yang cedera. Beliau kerap memanaskan bangku simpanan Terengganu.

    Selain Bruno, jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti khabarnya mahukan dua lagi pemain bagi menguatkan pasukan. Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Pantai Timur adalah pemain sayap Felda United, Hadin Azman. Seorang lagi pemain tempatan Felda dikhabarkan turut menarik minat Irfan untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Jun ini.

    Apa pendapat anda mengenai Bruno Suzuki yang khabarnya akan dinaikkan pangkat untuk menyertai Terengganu FC dalam saingan Liga Super ? Adakah dengan kehadiran Bruno Suzuki, jentera serangan Terengganu akan lebih berbahaya sekaligus mampu untuk memberikan saingan kepada Johor Darul Ta’zim dan juga Pahang bagi mahkota Liga Super ?

    Baca Juga: Irfan Bakti, “Mastermind” Disebalik Kejayaan Terengganu FC

    Leave a comment

    Your email address will not be published.