• Setelah Andrew Nabbout mengejutkan komuniti bola sepak Malaysia apabila beliau menyertai kelab gergasi Jepun, Urawa Reds Diamond bulan lalu, kini seorang lagi bekas pemain import dalam saingan Liga Malaysia mengejutkan peminat bola sepak Malaysia. Siapakah pemain yang kami maksudkan ? Pemain itu adalah Dimitri Petratos.

    Pada perlawanan antara Australia menentang Norway, bekas pemain import Kelantan, Dimitri Petratos membuat penampilan pertama bersama pasukan The Socceroos. Beliau diletakkan di posisi sayap kiri dan bermain selama 74 minit sebelum digantikan dengan Robbie Kruse. Persembahan cemerlang Petratos bersama Newcastle Jets dalam saingan A League musim ini nyata menambat hati pengurus skuad kebangsaan Australia, Bert Vam Marwijk.

    Sumber Gambar: Setia Padamu

    Petratos juga sempat mewarnai saingan Liga Malaysia. Tepatnya pada musim 2013 bersama pasukan Kelantan. Namun, kelibat beliau hanya dapat dilihat dalam saingan Piala AFC kerana peraturan Liga Malaysia ketika itu yang hanya membenarkan pengambilan khidmat dua pemain import sahaja. Jadi, hanya pasukan yang beraksi di Piala AFC saja yang mendapat tambahan dua slot pemain import.

    Walaupun Petratos hanya bermain di saingan Piala AFC, namun prestasi beliau boleh dikatakan baik. Petratos bermain kesemua tujuh perlawanan bagi kelantan dan berjaya menjaringkan sebanyak 4 gol. Beliau berjaya membantu Kelantan mara ke peringkat suku akhir sebelum Kelantan tewas kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC.

    Agak disayangkan kerana kita tidak dapat melihat aksi Petratos dalam saingan Liga Super. Jodoh beliau bersama Kelantan juga tidak panjang apabila Petratos meninggalkan pasukan pantai timur itu pada hujung musim. Setelah mewakili Kelantan, Petratos bermain untuk pasukan Brisbane Roars selama 4 musim, Ulsan Hyundai selama setengah musim sebelum menyertai Newcastle Jets.

    Dimitri Petratos bersama seorang lagi pemain yang membuat penampilan pertama ketika Australia tewas kepada Norway, Andrew Nabbout dijangka akan membarisi pasukan Australia dalam temasya Piala Dunia 2018. Jika mereka berjaya mengekalkan prestasi cemerlang, tidak mustahil Bert Van Marwijk mahu mengekalkan kedua-duanya.

    Baca Juga: Andrew Nabbout Kesilapan Terbesar Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.