• Peringkat suku akhir bagi saingan Piala FA edisi 2018 dilihat berbeza daripada sebelumnya. Pasukan yang berjaya mara nyata memberi warna dan juga persaingan yang berbeza. Di sini, kami akan mengupas tentang pasukan mana yang menurut kami akan menjadi pilihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

    Sumber Gambar: FMLLP

    Perlawanan tumpuan suku akhir kali ini sudah pasti perlawanan di antara Johor Darul Ta’zim menentang Pahang. Perlawanan ini adalah ulangan perlawanan edisi lalu di mana Pahang berjaya menundukkan JDT. Kali ini, kami melihat kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri. Tambahan pula, JDT dan Pahang sedang berada dalam prestasi terbaik.

    Selain pertembungan JDT menentang Pahang, pertembungan di antara Selangor menentang Kuala Lumpur juga tak kurang hebatnya. Kedua-dua pasukan berjaya bangkit kebelakangan ini daripada kekalahan. Jadi, perlawanan di Stadium KLFA akan menentukan sekali lagi siapa raja di Lembah Klang ini.

    Dua lagi perlawanan peringkat suku akhir melibatkan pasukan Perak yang akan menentang pasukan yang sedang berada dalam prestasi baik ketika ini iaitu PKNS FC dan pasukan PKNP FC akan menentang Felda United. Dua perlawanan ini juga tidak kalah menarik kerana pasukan kerdil seperti PKNP berpeluang untuk mencipta kejutan sementara PKNS FC pula mahu melangkah ke final kedua dalam dua edisi.

    Jadi, pasukan mana yang menurut kami akan melangkah ke peringkat separuh akhir ? Pada perlawanan antara JDT menentang Pahang, kami berpendapat JDT akan muncul sebagai pemenang kerana mereka mempunyai barisan serangan yang lebih ampuh. Pahang juga tidak kurang hebatnya di bahagian serangan namun mereka akan turun tanpa kelibat Francis Forkey Doe yang cedera. Jadi hal ini sedikit-sebanyak akan menjejaskan Pahang.

    Pada perlawanan Selangor menentang Kuala Lumpur pula, Selangor dilihat mempunyai kelebihan ke atas Kuala Lumpur. Jentera serangan Selangor lebih ampuh jika dibandingkan dengan jentera serangan Kuala Lumpur. Bagi perlawanan Perak menentang PKNS FC, kami memilih PKNS FC kerana mereka sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Perak akan berdepan cabaran sukar untuk menewaskan PKNS.

    Akhir sekali, kami memilih Felda United untuk layak ke peringkat separuh akhir kerana kualiti yang dimiliki oleh mereka jauh lebih baik berbanding PKNP FC.

    Ramalan Inikan Bola:
    Selangor vs PKNS
    Johor Darul Ta’zim Vs Felda United

    Baca Juga: Terus Pecat, Jangan Direhatkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.