• Ramai yang menyuarakan pendapat mengenai tindakan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beberapa individu dalam FAM mengeluarkan kenyataan mahukan TMJ untuk terus menerajui tampuk pemerintahan badan induk bola sepak negara. Di sini kami senaraikan antara ucapan yang dikeluarkan.

    Kenyataan Naib Presiden FAM, Datuk Wra Mohd Yusoff Mahadi

    Sumber Gambar: FAM

    Kenyataan Dato’ Abdul Ghani Hassan

    Sumber Gambar: FAM

    Kenyataan Dato’ S.Sivasundaram

    Sumber Gambar: FAM

    Kenyataan Christopher Raj

    Sumber Gambar: FAM

    Apabila kita melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa FAM ini sememangnya masih perlukan Tunku Mahkota Johor untuk memimpin mereka. Mereka tidak melihat akan ada individu lain yang mampu untuk mengisi kekosongan besar yang bakal ditinggalkan. Jika kita melihat kepada perubahan yang dilakukan oleh TMJ, FAM telah menjadi satu badan yang lebih baik berbanding tempoh sebelum beliau datang mengambil alih. Selain menjadikan FAM satu institusi yang lebih baik, kualiti Liga kita juga lebih maju apabila nilai tajaan dan juga geran yang bakal diterima oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia juga semakin meningkat. Jadi, memang wajar untuk kita mengatakan bahawa TMJ ini adalah “Bapa Pemodenan” bola sepak Malaysia di atas sumbangan besar yang telah beliau berikan.

    Ketika ini, kita masih lagi menunggu untuk FAM membuat kenyataan rasmi mengenai situasi ini. Sama ada TMJ mahu menarik balik niat beliau ataupun beliau benar-benar mahu meninggalkan badan induk bola sepak negara.

    Dan satu lagi, kami masih lagi menunggu kenyataan daripada seorang lagi naik presiden FAM iaitu Datuk Seri Subahan Kamal. Kami ingin tahu sama ada beliau masih mahukan TMJ untuk memimpin ataupun beliau mempunyai tanggapan lain mengenai perkara ini.

    Adakah TMJ akan meletak jawatan ? Jawapan kepada perkara ini hanya boleh diketahui apabila FAM mengeluarkan kenyataan rasmi. Untuk sekarang, mari kita berdoa agar TMJ tidak melepaskan jawatan beliau.

    Adakah Penaja Akan Menarik Diri ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.