• Pengelola Liga Malaysia, Usahasama Terhad Liabiliti Bolasepak Malaysia (FMLLP) telah mengeluarkan pindaan jadual bagi minggu perlawanan ke-6 dan ke-7 saingan Liga Super 2018 dan Liga Perdana 2018. Pengumuman tersebut dibuat oleh FMLLP menerusi media sosial Facebook sebentar tadi.

    Minggu perlawanan ke-6 Liga Super yang dijadualkan pada hujung bulan ini telah ditunda kepada tarikh baru iaitu 5 dan 6 Jun manakala minggu perlawanan ke-7 ditunda kepada 10 dan 11 Jun.

    Bagi saingan Liga Perdana pula, minggu perlawanan ke-6 yang sepatutnya dilangsungkan pada 29,30 dan 31 Mac ditunda kepada 9 dan 10 April manakala minggu perlawanan ke-7 pula yang sepatutnya dilangsungkan pada 2,3,4 April ditunda kepada 23 dan 24 April.

    Sumber Gambar: FMLLP

    Pindaan jadual ini dilakukan kerana ada permintaan daripada pihak pengurusan skuad kebangsaan dan kelulusan diberikan oleh FMLLP atas agenda kepentingan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa. Malaysia akan menentang Mongolia pada khamis ini.

    Setelah menghadapi Mongolia, Skuad negara kemudian akan ke Beirut bagi perlawanan dengan Lubnan dalam saingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019.

    Satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsan bertaraf “A” juga telah diatur yang berkemungkinan akan berlangsung pada 31 Mac 2018 atau 1 April 2018. Lawan skuad kebangsaan juga akan diberitahu kelak.

    Apa pendapat anda mengenai pindaan jadual ini ? Adakah perkara ini boleh menggangu rentak beberapa pasukan dalam Liga Malaysia ?

    Baca Juga: Barisan Pertahanan Pilihan Tan Cheng Hoe ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.