• Peminat pasukan Negeri Sembilan dikejutkan dengan pengguguran pemain pertahanan Singapura, Madhu Mohana seminggu sebelum tirai Liga Super 2018 dibuka. Alasan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembian (PBNS) menggugurkan Madhu dan menggantikan beliau dengan pemain sayap Kemboja, Prak Mony Udom, adalah kerana masalah kecederaan pangkal peha yang dialami pemain Singapura itu. Akan tetapi, Madhu mendedahkan bahawa beliau digugurkan adalah tindakan PBNS yang percaya dengan laporan “yang telah diubah” yang dikeluarkan oleh pakar yang memeriksa kecederaan Madhu.

    Apabila Madhu mengalami kecederaan pangkal peha, beliau meminta izin kepada pengurusan pasukan untuk berjumpa pakar di Singapura kerana berpendapat pakar di Malaysia ketika itu gagal untuk mengesan kecederaan yang dialami. Di situ, pakar Singapura memberitahu bahawa Madhu harus menjalani rehabilitasi selama 2 minggu. Akan tetapi, PBNS bertindak memanggil Madhu untuk pulang ke Seremban. Madhu kemudiannya diminta oleh PBNS untuk berjumpa pakar yang lain.

    Di sini, Madhu mendapati laporan yang dikeluarkan oleh pakar tersebut bercanggah dengan keadaan semasa yang menurut beliau sudah mekain membaik. Laporan tersebut mengatakan bahawa Madhu harus berehat selama 3 bulan. Apabila PBNS mengetahui lapran tersbeut, mereka bertindak menggantikan Madhu dengan Prak Mony Udom. Madhu juga berpendapat pampasan yang diterima beliau juga tidak setimpal.

    Kami berpendapat PBNS boleh bertindak dengan lebih profesional dalam menyelesaikan masalah antara mereka dan juga Madhu Mohana. Masalah ini juga boleh dielakkan apabila adanya persefahaman tentang pakar mana yang harus dijadikan rujukan oleh Madhu Mohana berkenaan kecederaan beliau.

    Kami juga berpendapat tindakan PBNS menggugurkan Madhu mula memakan diri. Lihat saja prestasi semasa mereka dalam saingan Liga. Negeri Sembilan menduduki tangga tercorot Liga dan mempunyai barisan pertahanan yang agak goyah. Mereka boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku apabila pemain Singapura ini diberi peluang dan berada dalam pasukan bagi digandingkan dengan Renars Rode.

    Apa pendapat anda mengenai polemik diantara Madhu Mohana dan Negeri Sembilan ? Adakah dengan memberi peluang kepada Madhu, Negeri Sembilan tidak akan berada dalam kedudukan sekarang ?

    Baca Juga: Kesilapan Terbesar Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.