• Nasib sepuluh pasukan yang lewat dan juga gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan Liga Malaysia musim 2018 telah dikurangkan oleh pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL). Denda yang dikenakan untuk empat pasukan Liga Super iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan PKNS FC yang pada awalnya berjumlah RM1.5 Juta kini dikurangkan kepada RM500,000

    Bagi enam pasukan Liga Perdana iaitu Sarawak FA, Pulau Pinang FA, MISC-MIFA, PDRM FA, UKM FC dan Kuantan FA PULA, jumlah asal iaitu RM500,000 kini telah dikurangkan kepada RM200,000. Satu pengurangan yang banyak dilakukan oleh MFL.

    Sumber Gambar: FMLLP

    Di sini, kami ingin mengucapkan syabas kepada Malaysia Football League (MFL) yang telah sudi untuk menerima rayuan dan juga mengurangkan denda yang harus dibayar oleh 10 pasukan tersebut. Pengurangan denda ini sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh pasukan.

    Namun, bagi pasukan yang dikenakan denda, kami berharap ini adalah kesalahan yang terakhir dilakukan oleh mereka. Selepas ini, tiada alasan lagi tentang kegagalan untuk menghantar dokumen pendaftaran kepada MFL. Mereka harus bersikap profesional dan menyiapkan segala dokumen berkenaan pasukan. Jangan ambil sikap sambil lewa lagi!

    Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam juga menyatakan bahawa jika ada mana-mana pasukan yang melakukan kesalahan sebegini rupa, hukuman lebih berat akan menanti mereka. Denda sebanyak RM 1 juta atau lebih akan dikenakan jika masih berlaku perkara yang sama berulang lagi pada masa hadapan.

    Hal tersebut merupakan perkara yang wajar dilakukan oleh Malaysia Football League (MFL). Ini untuk memastikan bahawa pasukan dalam saingan Liga Malaysia akan menjadi lebih profesional dan bersama-sama bergerak ke arah yang lebih profesional. Sudah tiba masanya kita keluar dari zon selesa dan bergerak ke hadapan.

    Apa pendapat anda mengenai pengurangan jumlah denda yang dilakukan oleh MFL ? Adakah perkara ini bakal memberi kesedaran kepada pasukan lain ? Ataupun pengurangan denda ini akan diambil sambil lewa oleh pasukan dalam Liga Malaysia ?

    Pembentukan Divisyen 5 Memang Tepat

    Leave a comment

    Your email address will not be published.