• Setiap kali ada isu dalam Liga Malaysia, ada satu individu yang merupakan “legenda” bola sepak Malaysia selalu lantang memberikan pendapat beliau. Bagi legenda yang satu ini, ada saja yang tidak kena. Siapa legenda tu ? Dia adalah Khalid Ali. Baru-baru ini, dalam sebuah rancangan bual bola sepak “Scoreboard”, Khalid Ali telah menggelar pemain kebangsaan sebagai “cap ayam” dan mereka tidak mampu untuk menggalas cabaran skuad kebangsaan.

    Di sini, penulis sedikit kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu yang pernah mewakili negara di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik. Secara peribadi, penulis faham yang Khalid ini kecewa dan juga kesal dengan prestasi skuad kebangsaan ketika ini. Akan tetapi, wajarkah seorang yang kononnya legenda seperti anda mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menganggap pemain yang sedia ada ini takkan kemana ?

    Apa yang patut kita lakukan ketika ini adalah memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada Tan Cheng Hoe dan juga para pemain skuad kebangsaan. Bukan melabel mereka dengan gelaran tertentu dan tidak meletakkan keyakinan kepada para pemain. Tindakan anda nyata tidak membantu mereka untuk mengharungi detik-detik sukar saat ini.

    Bukan saja pemain kebangsaan yang menjadi sasaran kritikan Khalid Ali. Jurulatih pun kena sekali. Beliau menyarankan supaya Tan Cheng Hoe untuk bersara sebagai jurulatih. Biar betul legend sorang ni! Sebab utama Khalid Ali menyarankan Tan Cheng Hoe untuk bersara adalah beliau merasakan Tan Cheng Hoe memperjudikan nasib bola sepak negara dengan menggugurkan 14 pemain JDT untuk menghadapi pasukan Lebanon semalam. This is madness legend!

    Bertenang legend. Janganlah asyik nak condemn pasukan kebangsaan saja. Sebagai legenda anda seharusnya memberi cadangan yang bernas bagi membantu pasukan negara bangkit daripada tragedi ini. Bukannya melabel pemain kita dengan gelaran “cap ayam”. Bukannya sibuk mahukan jurulatih untuk bersara. Ini bukan tindakan yang tepat.

    Penulis berharap pemain skuad kebangsaan mampu untuk mengekalkan prestasi dan juga motivasi mereka menjelang perlawanan menentang Bhutan. Semoga kemenangan menjadi milik kita Ahad ini. Selamanya Harimau Malaya!

    Baca Juga: Jadikan 3 Negara Sebagai Contoh!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.