• Johor Darul Ta’zim hanya mampu mengutip keputusan seri apabila mereka bertandang ke seberang tambak untuk menghadapi Tampines Rovers dalam perlawanan kumpulan H Piala AFC 2018. JDT menurunkan pemain “tempatan” dalam kesebelasan utama mereka pada perlawanan semalam. Akan tetapi, mereka gagal untuk memberikan kemenangan pertama Raul Longhi dalam siangan Piala AFC edisi kali ini. Dari apa yang kami lihat, pada perlawanan tersebut, barisan pemain yang diturunkan mampu untuk bertahan dan juga menyerang dengan baik. Hanya saja ketajaman di hadapan gol yang tidak dimiliki oleh mereka pada perlawanan semalam. Kami berpendapat, mereka wajar diberi lebih lagi peluang untuk diturunkan dalam kesebelasan utama sekaligus mendapat minit bermain yang secukupnya.

    Jurulatih sementara JDT, Raul Longhi menurunkan Adam Nor Azlin dan Aidil Zafuan di bahagian pertahanan. Kami berpendapat gandingan ini menjalankan tugas dengan baik ketika bertahan dan juga membantu barisan serangan ketika situasi bola mati. Barisan tengah pula dilihat hidup pada separuh masa kedua setelah Safiq Rahim dibawa masuk. Barisan serangan dilihat efektif di hadapan gol namun ketiga-tiga penyerang yang diturunkan kekurangan “finishing touch”. Ada beberapa peluang yang sepatutnya boleh menjelmakan jaringan tetapi gagal untuk disempurnakan. Kemasukan Safawi Rasid pada separuh masa kedua juga tidak membawa banyak perbezaan. Kami berpendapat Safawi Rasid seharusnya diturunkan lebih awal berbanding Syafiq Ahmad atau Darren Lok.

    Sumber Gambar: Rise Of The Panthers

    Ini adalah satu langkah baik yang dilakukan oleh Raul Longhi. Beliau meletakkan sepenuh kepercayaan beliau di bahu pemain muda dan juga pemain tempatan. Dengan gaya permainan yang ditujukkan semalam, kita melihat pemain tempatan kita juga mampu untuk menggalas cabaran untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi seperti Piala AFC apabila mereka diberi peluang dan juga kepercayaan untuk tampil dalam kesebelasan utama. Kami berharap Longhi bakal menurunkan kesebelasan seperti ini pada perlawanan akan datang bagi meningkatkan lagi gaya permainan dan juga kualiti pemain tempatan kita.

    Baca Juga: Mampukah JDT bangkit

    Leave a comment

    Your email address will not be published.