• Dam! Dam! Dum! Bunyi mercun. Tak sabarnya hati nak beraya dekat Rusia, eh? Tapi hakikatnya banyak yang seseorang itu perlukan sebelum boleh berangkat ke sana. Di bawah kami hendak beritahu langkah-langkah yang perlu anda ambil sebelum boleh beraya di Rusia sambil tengok bola. Tarikh yang kami pilih ialah 12 Jun – 16 Julai 2018 (cukup sebulan tengok bola sambil makan angin beraya di perantauan) dan di Moscow, Rusia. Ini adalah series article yang kami akan keluarkan setiap hari satu langkah.

    Langkah Pertama: Tempah tiket flight anda dahulu!

    Banyak pilihan yang anda boleh gunakan untuk pembelian tiket ini. Tapi kami menggunakan perbandingan antara Skyscanner dan Traveloka sahaja. Ini adalah penemuan kami apabila kami Google dan buat sedikit research di online menggunakan kedua penyedia perkhidmatan ini.

    a) Skyscanner (https://www.skyscanner.com.my/)
    Website ini sangat straightforward mereka menyediakan 3 jenis perkhidmatan iaitu perbandingan tiket penerbangan, tempat tinggal dan sewa kereta. 3 perkhidmatan yang pasti anda perlukan apabila anda melancong.


    Lepas tu anda kena klik “Select” tu, price akan vary ikut time and availability.

    Kena stopover dekat Beijing, China sebab guna Air China. Rakyat Malaysia yang masuk ke China walaupun stopover atau layover memerlukan visa yer kekawan. Waktu menunggu ialah 7jam55min, mungkin boleh lah jalan-jalan dalam airport tu, kami dengar boleh tahan jugak airport itu. Barulah kita boleh meneruskan perjalanan ke Moscow, Rusia. Tapi, website ni bila nak tekan next dia kata harga tu dah tak valid dan ada sedikit perubahan.

    Bila den nak teruskan ke booking page. Dia bawak kita ker page orang lain, yerlah kan sebab Skyscanner ni aggregator website untuk buat perbandingan. Tadi den nak kato, dia ikut availability, jadi bilo den tokan harga dah berubah.

    Harga terakhir dari Skyscanner untuk ke Rusia ialah RM3,594.00 tidak termasuk dengan visa China dan visa Rusia.

    b) Traveloka (https://www.traveloka.com/en-my/)
    Website ni pun straightforward jugak, tapi mereka hanya menawarkan 2 perkhidmatan sahaja kalau nak dibandingkan dengan Skyscanner lah.


    Stopover dia dekat Almaty, Kazakhstan dan berita baiknya. Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa jika masuk ke dalam negara kurang daripada 30hari.

    Harga terakhir dari Traveloka ialah RM3,709.42 tidak termasuk visa kemasukkan negara Rusia.

    Kesimpulan kami : Kalau nak ikut waktu perjalanan kedua-dua route ini lebih kurang sahaja, either anda pergi menunggu lama dekat airport tu. Atau balik awak melangguklah lama-lama dekat airport tu. Tapi kalau nak ikutkan harga lebih baik Skyscanner tapi perlu tambah 2 visa sebab perjalanan anda melalui negara China. Atau nak ikutkan kesenangan taknak pening kepala, boleh ikut Traveloka sebab stopover anda tidak memerlukan visa.

    Tapi kami nak cakap sedikit kalau lagi taknak pening kepala, pergi sahaja ke DoodleTrip mereka boleh menawarkan pakej-pakej menarik khas untuk anda yang travel seorang ini. Jadi apa lagi?

    Baca Juga: Lagu Piala Dunia, Yang Mana Idaman Kalbu ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.