• Selepas Kedah tewas kepada Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017, Nidzam Adha menyatakan bahawa beliau mahu melepaskan jawatan ketua jurulatih. Alasan utama Nidzam adalah beliau belum bersedia memegang jawatan tersebut. KFA memberi sokongan kepada keputusan Nidzam dan pencarian bagi jawatan jurulatih bagi pasukan Kedah untuk menghadapi musim 2018 pun dimulakan.

    Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew membuat undian di laman media sosial Facebook mengenai siapa yang akan dibawa masuk sebagai jurulatih baru pasukan. Ada dua nama yang menjadi pilihan ketika itu. Mario Gomez dan juga Ramon Marcote. Dan seperti dijangka, Ramon Marcote mendapat undian terbanyak. Maka beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah yang baru.

    Peminat mempunyai harapan tinggi dengan pelantikkan Ramon Marcote. Pada awal musim ini, Marcote membawa masuk Pablo Pallares dan Alvaro Silva bagi menggantikan Ken Ilso Larsen dan Zac Anderson. Namun, prestasi dua pemain import ini dianggap mengecewakan oleh segelintir peminat Kedah.

    Segelintir peminat ini tidak hanya kecewa dengan Pallares saja, malah Ramon Marcote juga menjadi mangsa api amarah mereka. Mereka mendesak supaya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merehatkan dua individu ini.

    Penyokong Kedah punya marah ni, sampai dia jual Pallares dekat Mudah.my! Gila betul!

    Penulis hanya mampu memberi reaksi sinis kepada isu ini. Apabila mereka mahu Pallares direhatkan, bolehlah kita faham kerana beliau gagal untuk mempamerkan prestasi terbaik. Akan tetapi, kenapa mereka meminta untuk merehatkan Marcote ?

    Bukankah mereka yang meminta untuk Marcote menjadi ketua jurulatih pada awal musim ? Mengapa sekarang mereka mahukan Marcote disingkirkan ? Hanya kerana prestasi pasukan sedang tidak bagus ketika ini, terus nak rehat ? Gurauan apakah ini ?

    Salah seorang penganalisis Inikan Bola yang juga peminat tegar pasukan Kedah iaitu Saudara Maniam, beliau berpendapat Marcote harus diberi lebih lagi masa dan peluang bagi memberikan hasil positif kepada para peminat. Jika beliau diberi masa secukupnya, Marcote boleh deliver modern football dengan cemerlang. Penulis setuju dengan pandangan beliau.

    Apa yang diperlukan oleh Ramon Marcote ketika ini bukanlah cacian dan juga desakan daripada anda. Apa yang Marcote perlukan ketika ini ialah ketenangan serta sokongan padu anda sebagai penyokong tegar pasukan Kedah.

    Rusdi Suparman

    Sir Alex Ferguson pun perlukan masa untuk membina pasukan Manchester United sebagai pasukan yang digeruni dalam arena bola sepak Eropah. Peminat mereka memberi masa dan ruang kepada beliau. Kalau peminat United boleh, apa yang membuatkan anda sebagai peminat Kedah tak boleh bagi masa dan peluang ? Fikir-fikirkan lah.

    Baca Juga: Nasib Marcote Bakal Berubah ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.