• Kemengan pasukan Pahang ke atas Kedah dalam saingan Piala FA minggu lalu harus dibayar dengan harga yang tinggi. Tinggi mana harga dia ? Mereka harus kehilangan Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan serius di bahagian lutut selepas beliau berlaga dengan Ifwat Akmal. Kami berpendapat ketiadaan Doe akan menjejaskan Pahang.

    Jika kita melihat kepada kecederaan yang dialami oleh Forkey Doe, berkemungkinan besar beliau akan berehat selama 3 atau 4 bulan. Ini sekaligus akan membuatkan Pahang terpaksa melupakan khidmat Forkey Doe untuk baki saingan Piala FA edisi kali ini. Dollah Saleh harus mencari gandingan untuk Patrick Cruz di bahagian serangan bagi menggantikan Forkey Doe. R.Kogileswaran dan Norshahrul Idlan Talaha dilihat akan menjadi pilihan Dollah untuk digandingkan dengan Patrick Cruz.

    Perkara ini akan sedikit-sebanyak menggangu rentak semasa pasukan. Kita boleh lihat betapa bagusnya barisan serangan Pahang dengan adanya Patrick dan Forkey Doe. Apabila Doe mengalami kecederaan, Patrick harus mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan gandingan baru beliau.

    Kita boleh lihat pada perlawanan menentang Kedah tempoh hari. Sebaik saja Forkey Doe dikeluarkan, barisan Pahang nampak sedikit tumpul dalam mencari gol. Patrick juga dilihat agak bergelut apabila beliau digandingkan dengan Mat Yo. Mujur ada pemain sayap lincah, Muhamadou Sumareh yang berjaya menjaringkan gol sekaligus memastikan kemenangan memihak kepada Pahang.

    Jika Francis Forkey Doe gagal untuk segera pulih daripada kecederaan yang dialami ketika ini, tidak mustahil beliau akan digugurkan oleh pasukan dan diganti dengan penyerang import yang lain apabila jendela perpindahan kedua dibukan Jun nanti. Ini bagi memastikan prestasi pasukan tidak terjejas bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2018.

    Apa pendapat anda mengenai kecederaan yang dialami oleh Francis Forkey Doe ? Adakah kecederaan beliau bakal menjejaskan Pahang bagi saingan musim 2018 ? Dan jika Forkey Doe gagal untuk segera pulih daripada kecederaan yang dialami, wajarkah beliau digantikan dengan penyerang import yang lain bagi mengelakkan prestasi pasukan daripada terjejas ? Mari kongsikan pandangan anda bersama kami.

    Baca Juga: Francis Forkey Doe, The Journey Man

    Leave a comment

    Your email address will not be published.