• Pasukan kebangsaan akan menentang Lebanon dalam perlawanan kelayakkan kumpulan B Piala Asia 2019 hari ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan yang terakhir bagi peringkat kelayakkan. Skuad kebangsaan sudah pasti mahu mengakhiri kempen yang mengecewakan kali ini dengan keputusan yang positif. Namun, ada satu perkara yang menarik perhatian kami di sini. Dalam kem negara ketika ini, Tan Cheng Hoe hanya mempunyai 3 pemain tengah.

    Tiga pemain tengah tersebut adalah Irfan Zakaria, Akram Mahinan dan Nazmi Faiz Mansor. Perkara ini jelas akan memberi sedikit kelainan dalam taktik dan juga gaya permainan yang akan diterapkan oleh Tan Cheng Hoe pada perlawanan hari ini. Kita sedia maklum, Tan Cheng Hoe gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 ketika mengendalikan Kedah.

    Beliau menjadi antara jurulatih terbaik dalam negara dengan menggunakan formasi ini. Lihat saja pencapaian beliau bersama pasukan Kedah. Kami berpendapat beliau akan menggunakan formasi ini memandangkan terdapat pilihan yang terhad di bahagian tengah. Sudah pasti Tan Cheng Hoe tidak mahu mengambil risiko dengan pilihan pemain tengah yang ada ketika ini.

    Kami meramalkan Irfan Zakaria dan Nazmi Faiz Mansor yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Kedua-dua pemain ini saling melengkapi dari segi bertahan dan juga menyerang. Irfan boleh bertindak sebagai destroyer bagi mematahkan segala gerakan serangan lawan. Manakala Nazmi Faiz pula boleh membantu jentera serangan dengan kualiti hantaran bola yang dimiliki oleh beliau.

    Bagi Akram Mahinan pula, beliau akan dimasukkan pada separuh masa kedua. Memang tidak dinafikan kekurangan pemain tengah kali ini sedikit membimbangkan. Akan tetapi, Tan Cheng Hoe sudah pasti mempunyai cara tentang bagaimana untuk bermain menggunakan pemain sedia ada. Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau.

    Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Adakah dengan kekurangan pemain tengah, kita akan menyaksikan satu gaya permainan yang baru ? Atau Tan Cheng Hoe akan kekal dengan formasi dan juga taktikal beliau ketika Malaysia seri menentang Mongolia ?

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Boleh Diberi Peluang Menentang Lebanon

    Leave a comment

    Your email address will not be published.