• Pemain muda negara, M.Kavishkumar memulakan karier di Jepun dengan langkah kanan apabila berjaya menjaringkan satu gol ketika kelab yang diwakili oleh beliau, Tokai FC menewaskan pasukan Nagoya Keizai University Takakura High Scholl 6-2 dalam satu perlawanan persahabatan. Kavishkumar turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

    Kavishkumar mengejutkan komuniti bola sepak negara apabila berjaya menarik minat Tokai FC untuk mengambil khidmat beliau. Bekas pemain muda MISC-Mifa ini sebelumnya pernah menjalani percubaan bersama pasukan Gamba Osaka Bawah 23 tahun, namun tidak membuahkan hasil kerana rangkin Malaysia berada dalam kedudukan yang tidak baik ketika itu. Jadi, Gamba Osaka tidak dapat memberikan kontrak kepada Kavishkumar.

    Kavishkumar juga berjaya menyinar ketika percubaan bersama pasukan Yazaki Valente FC. Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi oleh Yazaki Valente sehingga mereka tidak dapat mengambil khidmat Kavishkumar. Akhirnya, atas nasihat penjaga beliau, Kavishkumar memilih untuk beraksi bersama Tokai FC.

    Menurut Kavishkumar, walaupun kedudukan Tokai FC tidaklah setinggi kelab Jepun yang lain, tetapi ini adalah satu peluang yang baik untuk beliau belajar tentang bagaimana Jepun mampu membangunkan sukan bola sepak mereka. Bagaimana daripada sebuah negara yang tiada Liga satu ketika dahulu, menjadi salah satu Liga terbaik di Asia.

    Keazaman, kerja keras dan juga dedikasi yang dimiliki oleh M.Kavishkumar seharusnya menjadi contoh kepada pemain muda yang lain. Bukan saja pemain muda, malah pemain senior juga harus mempunyai keinginan untuk bermain di luar Malaysia. Sampai bila kita nak “terperap” dalam saingan Liga Malaysia. Jika kita bermain di luar negara, banyak pengalaman dan juga pengajaran tentang bagaimana meningkatkan mutu permainan bola sepak kita kerana kita menentang barisan pemain yang berbeza dengan Liga Malaysia.

    Selamat berjaya kami ucapkan kepada M.Kavishkumar. Semoga perjalanan karier anda di negara matahari terbit ini akan menjadi inspirasi dan juga dorongan untuk pemain muda lain bagi keluar dari comfort zone mereka dan bermain bola sepak di peringkat yang lebih tinggi berbanding Liga Malaysia.

    M.Kavishkumar

    Baca Juga: Buriram Dan Kelab Jepun Mahukan Akhyar Rashid ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.