• Selangor mengalami kekalahan ketiga dalam saingan Liga Super 2018 apabila tunduk kepada pasukan Perak dengan keputusan 3-0. Separuh masa pertama yang boleh dikatakan malapetaka menjadi sorotan dalam kekalahan pasukan Selangor. Barisan tengah yang tidak berfungi serta tiada “shot on gol” menyebabkan mereka tewas buat kali ketiga. Dengan kekalahan di tangan Perak ini, laungan #ManiamOut di media sosial semakin bergema di kalangan peminat. Mereka mahu P.Maniam digantikan dengan jurulatih lain.

    Pasukan Selangor sedar bahawa hanya kemenangan yang akan meredekan sedikit tekanan yang harus dihadapi oleh pasukan ketika ini. Namun, perkara sebaliknya berlaku. Selangor dilihat buntu di segala aspek dan gagal untuk memberikan tentangan kepada lawan mereka. Kealpaan pada separuh masa pertama nyata membawa pada buat mereka. Walaupun pada separuh masa kedua Selangor dilihat sudah memperbaiki kelemahan yang ada dan membuat pertukaran pemain, namun itu tidak cukup untuk menyelamatkan mereka.

    Individu yang menjadi sasaran di atas kekalahan semalam ialah ketua jurulatih Selangor, P.Maniam. Beliau dilihat gagal untuk memperbaiki bahagian pertahanan pasukan setelah dibolosi 7 gol dalam dua perlawanan terakhir Liga. Walaupun beliau mengubah formasi dan juga taktikal, tetapi ianya dilihat tidak membawa banyak perubahan terhadap pasukan. Para pemain yang diturunkan pada perlawanan semalam juga dilihat tidak mempunyai motivasi serta keinginan untuk menang. Kekalahan semalam menyebabkan Selangor kini menghuni tangga ke-8 Liga.

    Tiada apa yang diinginkan oleh peminat daripada melihat P.Maniam diganti oleh ketua jurulatih yang lain. Kebanyakkan daripada mereka berpendapat taktikal yang digunakan oleh P.Maniam sudah tidak relevan untuk pasukan Selangor. Mereka juga berpendapat bahawa pasukan Selangor perlukan nafas baru bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. Tetapi di sini kami mempunyai persoalan. Adakah Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mampu untuk membayar pampasan kepada P.Maniam sekiranya beliau dipecat ? Adakah FAS mampu untuk membayar permintaa gaji jurulatih yang baru nanti ? Dan adakah jurulatih baru kelak boleh bekerja dengan deretan pemain sedia ada ?

    Laungan #ManiamOut sedang bergema ketika ini. Adakah FAS akan mendengar kata-kata penyokong mereka ? Atau P.Maniam akan dikekalkan sehingga hujung musim ?

    Baca Juga: Rufino Segovia, Dari Bersaing Dengan Torres Ke Bumi Selangor

    Leave a comment

    Your email address will not be published.