• Nama Iskandar Salleh menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia ketika ini kerana kesediaan beliau untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Beliau mempunyai manifesto beliau sendiri jika diberi tanggungjawab memegang tampuk pemerintahan badan induk bola sepak negara. Persoalannya, layakkah rakyat marhaen menjadi presiden ?

    Menurut Iskandar, yang juga jurulatih kecergasan (Strenght and Conditioning), banyak perubahan yang beliau ingin lakukan jika diberi mandat menerajui FAM. Antara perubahan yang akan dilakukan ialah memastikan pemain-pemain terutama pemain bawah 23 tahun agar faham maksud professional dari segi latihan, pola pemakanan dan juga waktu rehat.

    Iskandar juga mahu mengubah gym di wisma FAM kepada performance gym yang mempunyai olympic platform, squat rack, dan sled yang mampu menampung untuk satu pasukan. Iskandar juga mahu melawat semua negeri bagi bertemu dengan pemain muda dan menerangkan pentingnya strength & conditioning.

    Selain itu, Iskandar juga mahu menubuhkan semula program Harimau Muda yang akan menumpukan high level of strength & conditioning. Setelah 8 bulan, mereka akan dikenali sebagai Jaya 22. Dimana pemain-pemain ini akan didedahkan dengan weight training yang tepat, program stamina dan speed serta pemakanan yang mengikut sukatan yang tepat.

    Jika kita melihat kepada perubahan yang mahu dilakukan oleh Iskandar, kita melihat perkara ini boleh membantu perkembangan dan juga peningkatan mutu skuad kebangsaan. Penekanan dari segi kecergasan dan juga daya tahan pemain adalah satu perkara yang diperlukan oleh pasukan kebangsaan.

    Akhir sekali, mampukah rakyat marhaen diangkat sebagai presiden ? Jika presiden ketika ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjaya melaksanakan manifesto beliau mengenai proses pemilihan presiden seperti yang dijanjikan sebelumnya, maka tidak mustahil perkara ini akan menjadi kenyataan.

    Dan jika perkara ini menjadi kenyataan, kita akan melihat satu lembaran baru dalam pentadbiran badan induk bola sepak negara. Seorang rakyat biasa yang mempunyai idea untuk memajukan bola sepak negara berjaya menjadi pemimpin bagi membawa bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

    Baca Juga: Yusoff Mahadi Atau Subahan Kamal ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.