• Saingan Piala FA edisi kali ini sedikit berbeza berbanding edisi lalu dengan penyertaan pasukan daripada Liga Sosial. Ini sedikit-sebanyak memberi warna baru kepada landskap bola sepak Malaysia kerana edisi sebelum ini hanya disertai pasukan Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM. Kali ini, kami mahu mengupas tentang dua pasukan Liga Sosial yang berjaya mara sehingga ke pusingan kedua. Dua pasukan tersebut adalah Axis-O2 dan Southern FC. Mampukah mereka mara ke pusingan ketiga ?

    Juara Selangor Champions League 2017, Axis-O2 berjaya menewaskan pasukan amatur dari Liga Amanjaya Perak, SRCC Kuala Kangsar. Gol daripada Adli Zulgafli dan Aidil Shahril sudah cukup untuk memastikan Axis-O2 akan menghadapi cabaran yang lebih hebat apabila mereka akan menentang Kuantan FA di Stadium Shah Alam pada ahad. Rakan seperjuangan Axis-O2 di Selangor Champions League, Southern FC berjaya mengejutkan komuniti bola sepak Malaysia apabila berjaya menewaskan pasukan daripada Liga FAM, Selangor United dengan keputusan 2-1. Dua jaringan daripada Sharul Afif memastikan Southern akan menentang pasukan Liga Super iaitu Melaka United di Stadium Hang Jebat pada ahad.

    Cabaran yang bakal dihadapi oleh kedua-dua pasukan bukanlah mudah. Menentang pasukan yang sudah biasa bermain dalam intensiti permainan yang tinggi. Akan tetapi, jika mereka bermain dengan penuh keyakinan dan tidak tidak terlalu menghormati lawan mereka yang bermain di Liga yang lebih tinggi, satu lagi kejutan boleh dicipta kali ini.

    Penyertaan pasukan dari Liga Sosial dalam saingan Piala FA kali ini adalah satu perkara yang sangat bagus untuk bola sepak Malaysia. Selain memberi pentas kepada pemain untuk menyinar, kita juga boleh mengembangkan lagi “poll” pemain yang sedia ada. Siapa tahu di kalangan pasukan Liga Sosial ini, terdapat seorang atau dua pemain yang mampu untuk bermain di tahap yang lebih tinggi. Tak mustahil kita boleh meneukan pemain seperti Charlie Austin dan Jamie Vardy daripada pasukan Liga Sosial.

    Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Axis-O2 dan Southern FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA. Maju terus pantang mundur!

    Baca Juga: Kelebihan Menggunakan Jersi Keluaran Tempatan

    (Visited 33 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.