• Semua sedia maklum bahawa pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu membuat pembaziran bagi memantapkan lagi pasukan JDT. Di media sosial ketika ini, sedang hangat diperbincangkan oleh peminat bola sepak negara tentang dua pemain yang dikaitkan dengan pembaziran tersebut. Dua pemain itu adalah penyerang Itali, Mario Balotelli dan pemain sayap Portugal, Nani. Gempak siot!

    Nama-nama besar dalam kancah bola sepak Eropah mula dikaitkan dengan JDT apabila super agent bola sepak, Jorge Mendes datang menyaksikan perlawanan diantara JDT menentang Tampines Rovers dalam saingan Piala AFC 2018 minggu lalu. Secara kebetulan, Nani merupakan klien kepada Jorge Mendes. Faktor ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Nani berada dalam wishlist dalam pembaziran kali ini.

    Jorge Mendes

    Sumber Gambar: JST

    Jika benar kedua-dua pemain ini menyertai JDT pada jendela perpindahan kedua nanti, wang yang harus dibayar oleh JDT bukanlah dalam satu jumlah yang kecil. Apatah lagi Balotelli ketika ini sedang bemain dengan baik bersama pasukan Liga Perancis, OGC Nice. Tambahan pula, usia muda beliau juga akan menjadi faktor mengapa JDT harus membayar mahal buat khidmat beliau.

    Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya JDT mahukan khidmat Nani. Pemain yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United ini sememangnya pemain sayap yang lincah. Beliau sudah mempunyyai pengalaman beraksi diLiga utama Eropah. Tanda harga buat beliau juga tidak akan murah walaupun beliau sudah berusia 31 tahun.

    Jadi, apa pendapat anda mengenai khabar yang eredar ketika ini tentang Mario Balotelli dan juga Nani yang menjadi sasaran pasukan Johor Darul Ta’zim ? Mampukah kelab dari selatan tanah air ini membeli kedua-dua pemain ini ? Dan apakah kesan yang bakal berlaku dalam Liga Malaysia sekiranya benar JDT membawa masuk kedua-dua pemain ini ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.