• Kita telah melihat beberapa pemain diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan kebangsaan. Nama seperti Safiq Rahim, Amri Yahyah dan Aidil Zafuan dalah satu nama yang sinonim. Baru-baru ini, Zaquan Adha dilantik sebagai ketua pasukan negara, Di sini, kami berpendapat ada seorang lagi pemain yang layak untuk diberi tanggungjawab tersebut iaitu ketua pasukan Pahang, Matthew Davies.

    Semenjak mewakili pasukan Pahang pada musim 2015, Davies telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Beliau menjadi pilihan nombor satu jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama. Berkat kecemerlangan Davies, beliau diangkat sebagai ketua pasukan Pahang pada musim 2017. Satu pencapaian yang memberangsangkan untuk pemain berusia 23 tahun ini.

    Selain menjadi pilihan utama bersama Pahang, Davies juga menjadi pemain yang selalu membarisi kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun negara di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Persembahan beliau ketika kempen Sukan SEA 2017 dan Piala Asia Bawah 23 Tahun di China tempoh hari memang berada di kelas tersendiri.

    Saham Davies semakin meningkat naik apabila turut menjadi pilihan utama jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk membarisi kesebelasan utama pasukan senior. Dalam dua perlawanan menentang Mongolia dan Lebanon, permainan Davies juga semakin matang dan meningkat. Hanya saja ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

    Kami berpendapat Davies boleh diberikan peluang untuk memakai lilitan kapten pasukan negara. Jika kita melihat kepada pengalaman serta gaya kepimpinan yang dimiliki oleh Davies sewaktu menjadi ketua pasukan Pahang, beliau sememangnya calon yang sesuai. Mungkin Tan Cheng Hoe boleh meletakkan beliau sebagai naib ketua pasukan di belakang Zaquan Adha.

    Jika Matthew Davies diberikan tanggungjawan sedemmikian, menarik untuk kita saksikan bagaimana pemain muda ini mengambil tanggungjawab tersebut. Matthew Davies juga akan menjadi pemain berdarah kacukan pertama yang menjadi ketua pasukan negara.

    Apa pendapat anda mengenai cadangan supaya Matthew Davies diberikan peluang sebagai ketua pasukan Malaysia ? Adakah beliau individu yang sesuai ? Atau ianya masih terlalu awal ?

    Baca Juga: Johan Dion Cools Lanjutkan Kontrak!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.