• Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa perlawanan diantara pasukan Malaysia menentang Nepal yang dijadualkan pada 1 April telah dibatalkan atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Dikhabarkan, sebab utama perlawanan ini dibatalkan kerana kelab Liga Nepal enggan memberi pelepasan kepada pemain mereka. Jadi, sebagai ganti, FAM berjaya mendapatkan pasukan Bhutan untuk menjadi lawan pasukan kebangsaan 1 April nanti.

    Ada logiknya mengapa beberapa kelab Nepal enggan melepaskan pemain mereka. Perlawanan menentang pasukan Malaysia tidak berada dalam kalendar rasmi FIFA. Jadi, mereka mempunyai hak untuk tidak melepaskan pemain mereka bagi tugasan antarabangsa.

    Sumber Gambar: FAM

    Pengganti Nepal,pasukan kebangsaan Bhutan berada di kedudukan 188 dalam kedudukan rannking FIFA, lebih tepatnya 10 anak tangga di bawah pasukan Malaysia. Jika kita melihat kepada segi kedudukan ranking, pasukan negara kita sepatutnya tiada masalah untuk menewaskan mereka.

    Namun, pada perlawanan terdahulu, kita melihat pasukan negara bergelut dalam perlawanan menentang Mongolia, pasukan yang berada di bawah Bhutan dalam kedudukan ranking FIFA. Jadi, pada perlawanan ini Tan Cheng Hoe harus memastikan barisan pemain yang bakal diturunkan nanti tidak mengulangi kesilapan seperti perlawanan menentang Mongolia. Setiap bahagian perlu efektif dan juga mengurangkan kesilapan.

    Selain mengelakkan melakukan kesilapan yang sama, pasukan negara juga harus mengutip kemenangan dalam perlawanan kali ini. Hanya kemenangan sahaja yang mampu untuk melonjakkan kedudukan pasukan negara dalam ranking FIFA. Jika kita mengutip keputusan selain daripada kemenangan, maka kita mungkin akan mengambil masa yang lama untuk melihat ranking Malaysia berganjak ke kedudukan yang lebih baik.

    Siapapun lawan kepada pasukan negara kelak, ianya tidak penting. Apa yang penting saat ini ialah pasukan negara kita mula mengutip kemenangan bagi menaikkan kedudukan dalam ranking FIFA. Tidak cukup dengan itu, ianya bagi meringankan sedikit beban dan juga tekanan yang sedang ditanggung oleh para pemain dan juga jurulatih skuad negara.

    Apa pendapat anda mengenai pemilihan pasukan Bhutan sebagai pengganti kepada pasukan Nepal ? Mampukah Malaysia mengutip kemenangan pada 1 April nanti ?

    Baca Juga: Ada Benarnya Kata-Kata Roberto Carlos

    Leave a comment

    Your email address will not be published.