• Siapa yang masih lagi ingat dengan kejadian “Selayang Terror” yang berlaku pada 2 Mac 2014 lalu ketika Malaysia menentang pasukan Filipina dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Selayang ? Ya hari ini sudah genap empat tahun kejadian tersebut berlaku. Di sini kami sertakan video kejadian tersebut di bawah untuk “refresh” semula ingatan anda mengenai kejadian tersebut.

    Sumber Video: TWR Petak

    Kejadian ini berpunca daripada tindakan Ultras Malaya yang sudah hilang sabar dengan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdahulu yang gagal untuk membawa skuad kebangsaan mengecapi kejayaaan yang lebih besar di peringkat antarabangsa. Mereka juga kecewa dengan cara FAM ditadbir selama lebih dari 30 tahun yang disifatkan semakin “kelaut”. Tindakan Ultras Malaya ini nyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak Malaysia ketika itu. Ada yang menggelarkan tindakan mereka ini sudah melampaui batas. Ada juga yang menggelarkan mereka ini sebagai memalukan Malaysia di mata dunia. Bahkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga melabel tindakan Ultras ini sebagai agak berlebihan. Walau apa saja tanggapan yang dilontarkan, kejadian ini tetap akan menjadi satu peristiwa yang akan diingati sampai bila-bila.

    Antara sebab perkara sebegini boleh berlaku adalah kelemahan sistem keselamatan stadium ketika itu. Pasukan keselamatan gagal untuk mengesan suar dan juga bom asap yang dibawa masuk ke dalam stadium. Sejumlah 300 bom asap dan 100 suar telah berjaya diseludup masuk ke dalam stadium oleh Ultras. Kelemahan seperti ini masih saja berlaku sehingga sekarang. Jadi, jika tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan, sistem keselamatan stadium haruslah ditingkatkan. Jangan hanya cukup syarat sahaja kerana ini boleh membahayakan penonton yang lain.

    Semoga kejadian “Selayang Terror” ini menjadi pengajaran kepada badan induk bola sepak negara. Bukan hanya FAM, tetapi badan bola sepak negeri juga harus mengambil perhatian. Kami pasti anda semua tidak mahu kejadian seperti ini berulang kembali. Kami juga sama. Jadi mari kita jadikan bola sepak Malaysia ini kembali ke zaman kegemilangan bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang.

    Baca Juga: Undang-Undang Yang Tak Jelas Atau Kita Yang Tak Faham

    (Visited 88 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.