• Pertembungan Unifi Liga Super 2018 antara pendahulu, Johor Darul Ta’zim menentang pasukan di tempat kedua, Terengganu FC menjadi perlawanan tumpuan pada hujung minggu ini. JDT dilihat mahu melebarkan lagi jurang mata antara kedua-dua pasukan manakala Terengganu FC mahu mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini dan mahu merampas takhta pendahulu daripada lawan mereka pada esok. Di sini, kami tertarik untuk membahas tentang kemampuan jentera serangan JDT pada perlawanan menentang Terengganu FC. Mampkah mereka menjalankan tugas dengan baik ?

    Dalam 3 perlawanan terakhir, barisan serangan JDT dilihat sedikit bergelut bagi menjaringkan gol. Ketika menewaskan Sabah pada perlawanan Piala FA, JDT harus menunggu sehingga ke minit akhir perlawanan bagi menjaringkan gol perlawanan. Apa yang boleh kita lihat di sini adalah, barisan serangan JDT sedikit bergelut kerana ketiadaan Jorge Pereyra Diaz. Sebelum Jorge Pereyra Diaz meninggalkan pasukan, serangan JDT dilihat sangat efektif. “Free role” yang dimiliki oleh Diaz membuatkan pergerakan beliau sukar untuk dibendung oleh barisan pertahanan pihak lawan. Kami berpendapat, Raul Longhi masih lagi tercari-cari pemain mana yang boleh menggantikan Diaz pada tiga perlawanan sebelum ini.

    Gonzalo Cabrera dan Luciano Figueroa sudah pasti akan diturunkan di bahagian serangan. Satu lagi slot akan menjadi rebutan diantara Safawi Rasid, Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad. Di sini kami melihat Safawi dan Hazwan adalah calon terbaik memandangkan Syafiq Ahmad bukanlah pemain sayap melainkan penyerang tulen. Jika Safawi atau Hazwan diturunkan pada perlawanan esok, ini adalah medan terbaik bagi membuktikan bahawa mereka mampu untuk menggantikan sekaligus menggalas tugas yang telah ditinggalkan oleh Jorge Diaz.

    Barisan serangan JDT sudah pasti akan menghadapi cabaran sukar apabila mereka bakal berdepan dengan benteng pertahanan Terengganu FC yang disifatkan antara yang terbaik dalam Liga setakat ini. Jika menang, maka mereka akan melebarkan lagi jurang mata dengan pasukan yang lain. Jika tewas, ini bukan saja menyebabkan mereka bakal kehilangan takhta pendahulu malah akan meletakkan lebih lagi tekanan di atas bahu Raul Longhi.

    Baca Juga: Mampukah JDT Bangkit ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.