• Penyerang import pasukan Pahang, Francis Forkey Doe terpaksa menelan hakikat bahawa beliau terpaksa berehat selama setahun akibat daripada kecederaan yang dialami ketika Pahang menewaskan Kedah dalam perlawanan Piala FA. Forkey Doe mengalami keretakan tulang dan kecederaan meniskus pada kaki kanan beliau. Dengan kecederaan yang dialami oleh Forkey Doe, adakah ia akan menghalang kebangkitan Pahang ?

    Forkey Doe menjadi watak utama pasukan Pahang musim ini apabila membentuk satu gandingan yang mantap bersama Patrick Cruz di bahagian serangan. Doe setakat ini menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga. Satu pencapaian yang cemerlang memandangkan Forkey Doe menyertai pasukan dalam kadar yang terburu-buru.

    Kami berpendapat kecederaan Forkey Doe ini sedikit-sebanyak akan menjejaskan usaha pasukan Pahang untuk memberi saingan bagi mencabar kejuaraan Liga Super. Kelibat beliau di bahagian serangan sudah pasti dirindui. Jurulatih Pahang, Dollah Saleh nampaknya perlu membuat percaturan baru di bahagian serangan dengan ketiadaan Forkey Doe. Buat sementara waktu, Dollah harus mencari pengganti alternatif untuk digandingkan dengan Patrick Cruz di bahagian serangan.

    Jika kita melihat kepada pilihan di bahagian serangan, ada R.Kogileswaran dan Norshahrul Idlan Talaha yang boleh digunakan oleh Dollah. Jika beliau mahu individu yang berpengalaman, maka Mat Yo adalah pilihan yang sesuai. Jika Dollah mahu menggandingkan Patrick dengan pemain muda, maka R.Kogileswaran adalah calon yang sesuai.

    Kami merasakan Dollah juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk membentuk barisan serangan yang beliau mahukan. Pada jendela perpindahan kedua pada Jun ini, Pahang berkemungkinan besar akan menggantikan beliau dengan penyerang lain. Ini bagi memastikan prestasi pasukan tidak terjejas.

    Apa pendapat anda mengenai Francis Forkey Doe yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan yang dialami oleh beliau ? Adakah kecederaan Forkey Doe akan menjejaskan prestasi pasukan sekaligus menghalang kebangkitan Pahang untuk mencabar Johor Darul Ta’zim bagi mencabar mahkota kejuaraan Liga Super musim ini ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: Francis Forkey Doe, The Journeyman Dalam Saingan Liga Malaysia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.