• Pasukan Kedah bakal berkunjung ke Stadium Darul Makmur bagi menghadapi pasukan Pahang dalam perlawanan Piala FA 2018 hari ini. Pasukan yang sedang dalam tekanan ini sudah pasti mahukan kemenangan bagi meredekan sedikit tekanan yang sedang dihadapi. Kami berpendapat nasib Ramon Marcote sebagai jurulatih Kedah terletak pada perlawanan ini.

    Tidak dinafikan pasukan Kedah sedang tidak berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Kekalahan 4-3 kepada pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Super tempoh hari masih lagi menghantui mereka. Ramon Marcote pun boleh pelik dengan kekalahan tempoh hari.

    Jika Kedah berjaya mengutip kemenangan pada hari ini, sekurang-kurangnya tekanan yang dihadapi oleh pasukan dan jurulatih mereka boleh dikurangkan. Kami menjangkakan Kedah akan all out bagi menyerang kubu pertahanan Pahang.

    Andik dan Akhyar akan menyerang dari bahagian sayap manakala Pablo Pallares akan menjadi penyerang utama Kedah pada perlawanan ini. Pablo dilihat sudah berjaya menyesuaikan diri dengan sistem yang digunakan oleh Marcote. Jadi kami rasa beliau tidak boleh dipersalahkan lagi selepas ini. Satu lagi aspek yang akan menjadi perhatian adalah askep bertahan pasukan Kedah. Dalam perlawanan ini kita akan melihat sama ada Marcote sudah berjaya memperbaiki kelemahan yang ketara pada perlawanan yang lalu ataupun tidak.

    Bagi pasukan Pahang pula, mereka sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Dari barisan pertahanan ke barisan serangan, semuanya boleh dikatakan hampir sempurna. Tetapi yang paling menonjol sekali adalah bahagian tengah dan juga serangan.

    Kami berpendapat Dollah Saleh akan mengekalkan kesebelasan utama beliau. Nor Azam Azih dan Safuwan Baharuddin akan kekal mengemudi bahagian tengah. Muhamadou Sumareh dan Chan Vathanaka akan menyerang dari bahagian sayap manakala Patrick Cruz dan Forkey Doe akan menjadi penggempur utama.

    Menarik untuk kita saksikan bagaimana pertembungan taktikal antara Dollah Saleh dan Ramon Marcote. Adakah nasib Ramon Marcote akan berubah ? Adakah beliau masih lagi mengendalikan pasukan Kedah selepas perlawannan ini ? Jawapan kepada persoalan tersebut hanya akan kita dapatkan setelah perlawanan antara kedua-dua pasukan ini selesai.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.