• Pemain skuad kebangsaan menunjukkan persembahan yang cemerlang ketika menentang Lebanon dalam perlawanan kelayakkan Piala Asia 2019 selasa lalu. Tan Cheng Hoe juga berjaya menerapkan gaya permainan yang beliau mahu menggunakan pemain sedia ada. Pada perlawanan tempoh hari, kami melihat Nazmi Faiz Mansor menampilkan gaya permainan yang baik.

    Setelah Tan Cheng Hoe menggugurkan Safiq Rahim dan Natxo Insa sebelum perlawanan menentang Lebanon, hanya Nazmi Faiz saja pemain tengah yang dilihat mempunyai kebolehan untuk membantu serta mencorakkan jentera serangan pasukan negara. Pengguguran yang “terpaksa” dibuat oleh Tan Cheng Hoe ini juga menyebabkan beliau mempunyai pilihan yang sangat terhad di bahagian tengah.

    Walaupun begitu, Nazmi dilihat berjaya menjalankan tugas dengan baik ketika perlawanan menentang Lebanon. Beliau juga berjaya meyumbangkan satu assist untuk gol yang dijaringkan oleh Syafiq Ahmad pada separuh masa kedua. Nazmi juga kelihatan selesa dengan gaya permainan yang diterapkan oleh jurulatih.

    Untuk perlawanan menentang Bhutan, kami mengharapkan Nazmi akan sekali lagi diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Tan Cheng Hoe. Perlawanan ini akan menjadi satu lagi medan buat Nazmi untuk membuktikan kepada seluruh peminat bola sepak negara bahawa beliau layak untuk menggantikan tempat Safiq Rahim sebagai perancang utama pasukan negara. Sudah tiba masanya pemain muda untuk tampil ke hadapan.

    Jika Nazmi berjaya mengekalkan rentak konsisten ketika ini, tidak mustahil beliau akan dipilih oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai temasya Piala AFF Suzuki hujung tahun ini. Temasya Piala AFF kali ini akan menjadi temasya pertama Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih pasukan negara.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi Nazmi Faiz Mansor bersama pasukan negara ketika ini ? Adakah wajar jika kita mengatakan bahawa beliau adalah pengganti buat Safiq Rahim sekaligus menjadi maestro terbaru pasukan negara ?

    Ataupun, ia masih terlalu awal untuk kita bicarakan kerana Safiq masih lagi mampu untuk menyumbang sesuatu buat negara ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: Kekalkan Momentum Ini, Akhyar Dan Safawi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.