• Pemain yang pernah menggemparkan komuniti bola sepak Malaysia dengan skill dan juga kebolehan luar biasa beliau, Najmuddin Samat dipanggil oleh ketua jurulatih bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai skuad bawah 21 tahun negara untuk menjalani latihan pusat. Setelah 3 tahun menghilangkan diri daripada kancah bola sepak antarabangsa, ini adalah peluang keemasan untuk pemain yang pernah dijuluki “Messi” Malaysia ini menunjukkan kemampuan beliau.

    Pemain berusia 19 tahun ini cemerlang bersama skuad bawah 16 tahun negara yang selangkah lagi untuk mara ke Piala Dunia bawah 17 tahun pada 2015. Namun, nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila tewas kepada Australia pada peringkat suku akhir dalam kejohanan Piala AFC bawah 16 tahun sekaligus terlepas tiket untuk ke Piala Dunia.

    Karier Najmuddin juga dihambat oleh kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) yang dialami pada 2015 ketika bersama skuad Harimau Muda C. Inilah titik dimana kita dapat melihat penurunan dalam karier Najmuddin. Beliau kemudiannya menyertai Melaka United dari pasukan Frenz United yang ditutup ketika itu.

    Setelah 2 musim bersama pasukan Piala Presiden Melaka United, Najmuddin Samat membuat keputusan untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim II dalam saingan Liga Perdana musim ini. Bersama JDT II, beliau berjaya menemui rentak seperti sedia kala, walaupun tidak cemerlang seperti mana ketika beliau mula menempa nama dalam saingan Liga Malaysia.

    Dengan tersenarainya Najmuddin dalam skuad bawah 21 tahun negara, ini akan memberikan kita lebih banyak pilihan pemain dalam barisan serangan. Sudah sampai masa di mana kita harus mempunyai ramai pemain di bahagian serangan yang boleh membawa pasukan negara ke tahap yang lebih baik di peringkat antarabangsa. Kita sudah tidak boleh bergantung kepada 2 atau 3 penyerang saja.

    Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Mohd Najmuddin Samat. Semoga dengan penyenaraian ini, beliau dapat menemukan kembali sentuhan cemerlang seperti sedia kala dan membantu pasukan negara berjaya di peringkat antarabangsa. Kami gembira kerana bakatcemerlang beliau tidak disia-siakan.

    Baca Juga: Kemana Hilangnya Bakat Najmuddin Samat ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.